Skip to content

ASYI MUZAKKIR KONGSI PENGALAMAN WAKILI MALAYSIA DI MUSLEMANIA ARABIA 2017

Kongsikan artikel ini

Lelaki zaman kini sudah mula membuka mata akan kepentingan menjaga penampilan, dan pada masa sama tampil berkeyakinan. Di Malaysia saja sudah banyak pertandingan bina badan mahupun kecergasan dianjurkan bagi mempromosikan kepada awam budaya gaya hidup sihat. Asyi Muzakkir turut tidak terkecuali, seorang jejaka kacak berumur 23 tahun yang turut pernah menaiki pentas namun yang menarik perhatian GL, pengalamannya mewakili Malaysia bertanding di Musclemania Arabia, sebuah pertandingan yang dianjurkan di negara Mesir kiranya satu pencapaian yang cukup membanggakan apatah lagi di hadapan juri yang bukan calang-calang. Jom ikuti temubual GL bersama dirinya, berkongsi pengalaman dan rutin kecergasannya.

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?

ASYI MUZAKKIR: Terima kasih kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama penuh saya Muhammad Hasyir Muzakkir Bin Huslan. Saya lebih mesra dipanggil Asyi. Saya berumur 23 tahun dan merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik. Saya menerima Pendidikan ijazah dalam bidang Ulum Islamiyyah dan Bahasa Arab di Al Azhar University. Hobi saya bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana Asyi boleh terlibat dalam dunia kecergasan?

ASYI MUZAKKIR: Pada mula sekadar ikut kawan-kawan, dan lama kelamaan menjadi rutin harian. Dan dari situ saya terfikir untuk terus fokus dalam menceburi bidang bina badan. Malah sekarang ia ibarat satu kewajiban untuk saya menjaga kesihatan dan penampilan untuk tampil berkeyakinan di hadapan khalayak ramai.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari seorang yang kurus dan kini sasa dan tegap?

ASYI MUZAKKIR: Dahulu memang saya kurus kering, jadi apabila berada di luar rasa tidak yakin dengan diri sendiri. Ada juga yang mengejek dan mengecam. Jadi saya mengambil keputusan untuk mula bersenam dengan melakukan rutin-rutin di gim. Yang menariknya, lepas berat badan naik sedikit, saya rasa lebih yakin, bersemangat dan yang paling penting rasa lebih sihat.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?

ASYI MUZAKKIR: Oh mudah saja. Saya perlu memastikan diri saya untuk bersenam sekurang-kurang 5 hari seminggu, dari isnin hinggalah jumaat. Saya turut mempelbagaikan rutin dan tidak terlampau fokus pada satu-satu bahagaian saja. Permakanan sihat juga amat penting buat saya.

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan.

ASYI MUZAKKIR: Inspirasi saya dalam dunia bina badan adalah Onome Egger. He’s the beast! Yang menariknya, saya berkesempatan untuk bertemu beliau sewaktu saya menyertai pertandingan badan cantic di Egypt baru-baru ini.

GLAM Lelaki: Baiklah, kongsikan dengan kami pengalaman anda menyertai pertandingan bida badan di negara orang iaitu di Mesir.

ASYI MUZAKKIR: Seperti yang diketahui, saya baru saja menamatkan pengajian di Mesir. Jadi inilah peluang saya untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Tambahan pula saya rasa saya adalah wakil tunggal dari Malaysia yang bertanding di dalam pertandingan MUSLEMANIA ARABIA 2017, so it’s a big deal for me! Tambahan pula, pertandingan tersebut diadili oleh juri merangkap idola saya, iaitu Onome Egger dan Chul Soon. Sebelum pertandingan, saya melakukan persiapan rapi seperti diet selama 3 bulan bagi mengawal peratusan lemak di dalam badan bagi menampakkan bentuk otot. Ya, saya akui sangat sukar kerana makanan diet asas Arab berbentuk sayur, buah dan ayam yang direbus misalnya.

Salah seorang idola Asyi Muzakkir sewaktu Musclemania Arabia 2017, Chul Soon.

Namun bukan senang kerana saya perlu bersaing dengan orang-orang Arab yang diketahui memiliki badan yang berbeza dengan orang Asia. Baka badan mereka memang besar, so I need to work hard to compete with them. Alhamdulillah, selepas saringan akhirnya saya menduduki tempat ke-15 dari beratus penyertaan. Masa naik ke pentas itu, saya hanya nak enjoy dan tunjukkan hasil pada ahli jaguh bina badan yang lain terutama sekali kepada Chul Soon dan Onome Egger bahawasanya saya dari Malaysia! Semestinya ia adalah pengalaman paling berharga dan akan saya ingati sampai bila-bila.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

ASYI MUZAKKIR: Ya, setiap orang pasti mempunyai matlamat dalam apa yang diceburi, sama juga seperti saya. Saya berazam untuk memiliki gim sendiri suatu hari nanti, insya Allah.

GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

ASYI MUZAKKIR: Bidang kecergasan ini bukan semata kerana inginkan badan yang cantic sahaja . tetapi ia juga untuk mendapatkan kualiti ksihatan dan penampilan yg baik supaya lebih berkeyakinan. Jadi aktifkan diri anda,  bersukan dan bersenamlah dan amalkan gaya hdup yang sihat. Terima kasih!

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus 

Foto: Instagram @fotobyali / www.fotobyali.com dan gambar peribadi Asyi Muzakkir

Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy 

Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut

RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
5 CARA MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK LELAKI

5 CARA MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK LELAKI

Bacaan Lanjut