BAHAYA ALAHAN TERHADAP SENAMAN
Anda fikir senaman mampu memberikan kebaikan saja bukan? Anda silap. Buat mereka yang tertentu, senaman juga boleh menyebabkan alahan. Eh biar betul? Yup, berdasarkan laman sesawang toodia.com, alahan kepada senaman juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Anafilaksis.

Anafilaksis disebabkan senaman adalah suatu keadaan yang jarang berlaku serta serius di mana anafilaksis (tindak balas alahan yang teruk) berlaku semasa atau selepas aktiviti fizikal. Buat pengetahuan anda, gejala-gejalanya termasuklah kulit mengalami gatal dankemerah-merahan, kesukaran untuk bernafas, dan masalah dengan saluran penghadaman, termasuk loya, kekejangan abdomen, dan cirit-birit.

Menurut Healthline terdapat beberapa jenis anafilaksis yang wajar anda ketahui:
- Anafilaksis semasa atau mengikuti latihan
- Anafilaksis disebabkan makanan serta senaman
- Terdapat juga kes-kes di mana alahan berlaku sebaik sahaja selepas makan dan bersenam.
- Setengah ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan ubat anti-radang boleh mencetuskan alahan seperti juga suhu, kelembapan, dan hormon yang melampau.


Menurut Emedicine, pencegahan adalah pilihan rawatan yang terbaik bagi pesakit penghidap anafilaksis disebabkan senaman, (seperti mengurangkan aktiviti fizikal ke tahap yang lebih rendah boleh mengurangkan kekerapan serangan). Bagi pesakit yang mengalami alahan terhadap sesetengah makanan adalah dicadangkan bagi mereka untuk mengelakkan makanan pencetus selama 12 jam sebelum bersenam. Malah, pesakit harus mengelakkan melakukan senaman dalam cuaca yang sangat lembap, panas atau sejuk melampau. Pesakit harus dididik tentang pengunaan suntikan kecemasan (mengandungi epinephirine) yang betul. (Antaranya adalah drenaclick, EpiPen, winject) serta sentiasa mempunyainya pada setiap waktu.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 29 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.










