BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Jika anda ingin membina dan menguatkan otot, selain penjagaan diet yang baik, anda juga perlu lakukan senaman. Bagi kami di GLAM Lelaki, senaman yang terbaik untuk membentuk otot adalah strength training ataupun Crossfit.
Matin Fyzal dari Fuel Athletics ujar bahawa dia gemarkan latihan ekstrem untuk mengetatkan dan menguatkan otot. mengambil rutin Crossfit untuk membentuk otot lebih pantas. Ayuh ikuti langkah yang sama untuk kesihatan anda hari ini.
Senaman Menguatkan Otot Anda Perlu Cuba
BATTLE ROPE
Masa: 20 minit, Cara: Variasi (hayunan melintang dan menegak)

OBJEKTIF
- Latihan kesan rendah: Tekanan minima diletakkan pada sendi pabila menggunakan battle rope, dengan segala daya diaplikasikan ke sistem otot.
- Latih keseimbangan: Anda akan menyedari bahawa satu bahagian badan mungkin bergerak secara berbeza. Perbezaan ini akan hilang setelah badan mula belajar mengimbangi melalui banyak latihan.
- Menguatkan mental: Belajar mengatasi halangan. Bila menggunakan tali, idea mengekalkan intensiti cukup mencabar. Tetapi dengan latihan tali yang konsisten, mental dan fizikal akan lebih maju dan terbiasa.
FAEDAH
- Latihan pantas: Hampir semua otot bekerja secara efisien. Cuba lakukan selama 20 minit, anda pasti merasakan satu sesi kardio paling sukar pernah anda lakukan.
- Membakar lemak: Kalori banyak terbakar jika lakukannya dengan latihan berintensiti tinggi. Jika meningkatkan tekanan dalam aktiviti ini, ia benar-benar membakar kalori tambahan pabila anda tidur pada malam itu.
- Partner up: Lakukan sama teman. Ia lebih bermotivasi, bertanggungjawab dan menghalang anda daripada menipu dalam rutin atau perkiraan. Selain mendapat sokongan, anda cenderung untuk menghabiskan set penuh dengan jayanya.
PLYOMETRIC JUMP
Pengulangan: 12 lompatan, Set: 3, Masa: Sepantas yang boleh

OBJEKTIF
- Rutinnya seakan lompatan squat, bezanya tahap ketinggian aras. Matlamatnya untuk melatih pengeluaran tenaga maksimum dalam tempoh masa yang singkat.
- Ia mengajar cara terjunan menegak kita dengan lebih baik. Selain menguji tahap ketinggian terjunan.
FAEDAH
- Plyometrics meningkatkan otot: Latihan ini memberi tumpuan kepada meningkatkan kekuatan dan kecekapan fiber/serat tubuh yang cepat mengedut. Sama seperti melakukan banyak set senaman, ia menyumbang kepada perkembangan otot dengan cepat dan otot menjadi lebih kuat.
TYRE FLIP

Aktiviti ini meliputi semua bahagian teras seperti belakang, kaki, lengan dan bahu. Berhati-hati pabila membengkok untuk mengangkat tayar.
Anda mengambil risiko kecederaan serius jika anda bend menggunakan badan dan bukannya lutut serta menggunakan badan sepenuhnya untuk menolak tayar.
Mulakan dengan tayar membaring di lantai. Ketika tangan memegang di bawah tayar, kaki dan tangan harus dibuka lebar. Pasang kekuda atau squat down, pastikan seluruh tubuh digunakan terutama bahagian kaki. Elakkan angkat semata menggunakan belakang badan.
Teks, Penata gaya & Penyelaras: Ryan Mohamad
Gambar: Raissa Azzam
Grooming: Lily Othman
Model: Matin Fyzal
Lokasi: Fuel Athletics, Pusat Komuniti Damansara
Pakaian: Lululemon Malaysia
Pautan berkaitan: NAK KULIT MULUS? CUBA 5 TONER TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.











