Skip to content

BERJALAN DUA KILOMETER SETIAP HARI MEMBANTU ANDA RAIH 7 MANFAAT INI!

BERJALAN DUA KILOMETER SETIAP HARI MEMBANTU ANDA RAIH 7 MANFAAT INI!

Kongsikan artikel ini

Percaya atau tidak, berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari bukan saja memberi kebaikan kepada fizikal tetapi juga kesihatan mental.

Senaman ringkas ini terbukti dapat meningkatkan kesihatan seluruh tubuh dan menambah tenaga, sekali gus menghalang pelbagai jenis penyakit kronik.

GL kongsikan manfaat yang boleh anda perolehi dengan hanya berjalan

 

Kebaikan Berjalan Untuk Fizikal

 

1. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular

Berjalan kaki dengan kerap boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah, seterusnya menguatkan jantung. Aktiviti sederhana seperti ini terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, juga memperbaiki tekanan darah dan paras kolesterol.

 

2. Mengawal Berat Badan

Foto: Rawpixel.com/Freepik

Tidak dinafikan berjalan membakar kalori, justeru melakukan senaman ini sejauh dua kilometer setiap hari akan mengawal berat badan dan membakar lemak. Ia tidak mencergaskan seperti berlari, tetapi ia banyak membantu dalam membakar kalori dan mengekalkan berat badan seseorang yang mengambil pemakanan seimbang.

 

3. Menguatkan Tulang Dan Otot

Senaman ini menggunakan kaki untuk menampung berat badan. Justeru ia dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Ia turut meningkatkan kekuatan otot dan kekuatan bahagian bawah badan seperti otot betis, paha dan pinggul.

 

4. Meningkatkan Metabolisme

Pastinya ramai tahu berjalan dengan kerap membantu mengawal metabolisme, rintangan insulin dan risiko diabetes jenis 2. Tubuh akan mengambil makanan dengan lebih cekap, sekali gus membawa kepada penggunaan tenaga yang lebih baik dengan simpanan lemak yang lebih sedikit.

 

Kebaikan Untuk Kesihatan Mental

 

5. Menjadikan Tidur Lebih Lena

Foto: Gpointstudio/Freepik

Berjalan kaki terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur. Senaman terutamanya yang berintensiti rendah cenderung mengawal kitaran tidur. Itulah sebabnya seseorang tidur lebih lena dan lebih lama apabila melakukan senaman ini.

 

6. Melegakan Tekanan

Berjalan kaki membantu menyingkir tekanan dengan membebaskan endorfin tertentu. Persekitaran yang tenang juga memainkan peranan, di mana ia membantu mengosongkan fikiran, melegakan perasaan yang boleh mencetus kepada kemurungan dan kebimbangan.

 

7. Membantu Menajamkan Fikiran

Ada banyak kelebihan yang boleh diperolehi untuk minda apabila berjalan. Antaranya menguatkan ingatan, meningkatkan fokus, dan memudahkan seseorang membuat keputusan terutama ketika lanjut usia.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: ANDA MENGALAMI SAKIT TULANG BELAKANG? CUBA TIGA SENAMAN INI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU

5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU

Bacaan Lanjut
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

Bacaan Lanjut
3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Bacaan Lanjut