BVLGARI MAN TERRAE ESSENCE DIDOMINASI VETIVER DARI TANAH JAWA
Bvlgari Man, haruman ‘bersiri’ yang memang punya peminatnya tersendiri. Nuansa aromanya masih utuh berkisar tentang kelakian, namun dipelbagaikan pada notanya, berbeza-beza namun kekal maskulin. Terkini Bvlgari menambah lagi barisan aromanya bila mana mereka memperkenalkan Bvlgari Man Terrae Essence. yang mana ‘terrae’ adalah perkataan Latin yang membawa maksud ‘Of the earth’.

Bvlgari Man Terrae Essence adalah simbol kepada kehebatan bumi yang kita diami, yang mana Bvlgari menceduk inspirasi dari kesuburan tanah Tuscan yang mewah dan beridentiti. Kekuasaan dan kekuatan bumi itu diterjemahkan pada penggunaan vetiver di dalam haruman ini.
Haruman ini dicipta oleh ikon dunia penghasilan haruman tersohor, Alberto Morillas yang mana untuk haruman ini Alberto menyemarakan minyak wangi ini dengan dua bentuk vetiver yang mana didatangkan dari tanah Jawa dan juga Haiti. Vetiver dari Jawa sangat dominan baunya manakalah yang dari Haiti pula lebih lembut baunya, mengingatkan kepada suasana hangat musim panas. Apa yang membuatkan minyak wangi ini lebih istimewa adalah kehadiran tiga bahan yang diramu dan diformula secara istimewa Bvlgari iaitu Woodleather®, Geonol, dan esen lobak. Tiga bahan inilah yang membuatkan Bvlgari Man Terrae Essence cukup unik dan berbeza.

Dilihat secara zahir, botol haruman ini diperindahkan dengan elemen batu marmar dalam ton nude, yang mana ia adalah symbol kepada batu marmar yang menjadi identity kepada seni bina ikonik serata Itali. Bvlgari memperkemaskan lagi kelalang haruman ini dengan gabungan warna emas dan gangsa pada penutupnya. Bvlgari Man Terrae Essence sudah boleh didapati di kaunter stor beli-belah utama dan juga secara dalam talian di Zalora, RM351 (60ml) dan RM470 (100ml).
Baca: PACO RABANNE PHANTOM, HARUMAN PERTAMA MENGGUNAKAN NFC CHIP
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026











