CALVIN KLEIN DEFY KINI EAU DE PARFUM
CALVIN KLEIN FRAGRANCES KEMBALI BERSAMA CALVIN DEFY TETAPI DALAM INTERPRESTASI EAU DE PARFUM. INTIPATI LEBIH KUAT DAN MEMPESONAKAN.

Rangkaian wangian Calvin Klein terus memacukan simbolik khas untuk wangian lelaki. Baru-baru ini, Calvin Klein Defy sekali lagi hadir dengan intipati lebih istimewa namun dalam kemasan Eau De Parfum. Wangian baharu ibarat meraikan kembara berbeza. Kempennya diteruskan oleh aktor Richard Madden menerusi momen dan detik kemuncak dalam lonjakan kepercayaan yang berani dan bermetafora simbolik untuk penentangan peribadi dan tidak gentar mengambil risiko.

Visualnya disebalik waktu senja yang menterjemahkan intipati kuat dan segar. Dia hanya beraksi dalam persalinan celana denim ikonik Calvin Klein dan kemeja-t putih. Reaksi matanya pula bertentang kamera dengan pandangan memberontak. Landskap bandar berlatar langit biru pekat tiru warna botol wangian Calvin Klein Defy Eau de Parfum.

Pembukaan aroma diperkemaskan dengan nota kulit yang menggoda dikontras bersama aroma kesegaran. Wangian signature Eau de Toilette dikekalkan dalam siri ini, namun interprestasinya dalam sentuhan lebih hangat. Haruman dimulakan bersama semburan sitrus yang diserlahkan oleh minyak Mandarin. Untuk aroma kelakian lebih terserlah, leather accord bersama minyak Vetiver membangkitkan etos kempen. Juga mencerminkan kemodenan wangian 80.6 peratus bahan-bahan sumber semula jadi.
Artikel berkaitan REFLEKSI DIRI DISEBALIK CALVIN KLEIN DEFY
Pembungkusan premium baharu untuk Calvin Klein Defy Eau de Parfum menempatkan botol mewah dalam estetika kod reka bentuk unik. Botol lambang gabungan kuasa yang lemah namun berani. Lengkungan botol, dan dibezakan dengan sudut tajam dan kuat. Kaca berwajaran yang canggih diwarnai dalam kecerunan biru laut yang pekat mengingatkan detik senja kempen. Flakon itu dihiasi dengan topi biru matte bertekstur yang diilhamkan oleh denim Calvin Klein. Wangian baharu boleh didapati dengan harga 50ml, RM348 dan 100ml, RM452.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.











