CHRIS HEMSWORTH LANCARKAN APLIKASI KECERGASAN ‘CENTRFIT’
Siapa yang tidak mengenali pelakon dari Australia, Chris Hemsworth yang popular menerusi filem Marvel, Thor. Selain dari bakat natural lakonanya, personalitinya turut menjadi kegilaan apatah lagi dikurniakan dengan susuk tubuh menawan. Manakan tidak, Chris sememangnya dikenali sebagai seorang aktor yang cukup konsisten dalam menjaga penampilan diri dimana beliau seringkali berkongsi rutin dan tip kecergasan bersama pengikutnya di Instagram yang kini sudah mencecah 24 juta pengikut. Dan baru-baru ini, Chris mengumumkan pelancaran sebuah aplikasi kecergasan hasil ideanya yang diberinama @CentrFit.

“Matlamat saya adalah untuk membina sebuah program yang boleh mengalakkan orang ramai untuk terus bersenam, makan dan hidup dengan lebih baik. @CentrFit memberikan anda akses kepada pasukan pakar bertaraf dunia yang hebat dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan. Saya cukup bertuah dapat belajar dari masa ke masa, malah memberikan inspirasi kepada saya untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia”, jelas Chris dalam satu posting di laman Instagramnya.

Antara mereka yang terlibat dalam aplikasi ini adalah jurulatih Ops Khas, Joseph Sakoda AKA “Da Rulk”, jurulatih kecergasan Hollywood, Gunnar Peterson, penasihat podcast Plant Proof, Simon Hill, jurulatih peribadi Hemsworth Luke Zocchi, juara bina badan Torre Washington, jurulatih yoga Tahl Rinsky, dan chef Dan Churchill.

Foto: https://centr.com/join-us
Tersedia di seluruh dunia mulai bulan Februari 2019, aplikasi ini juga menawarkan pelbagai latihan harian, plan diet, koleksi resipi, demo memasak dan panduan meditasi. Harga aplikasi ini adalah $20 selama satu bulan, $47,99 selama tiga bulan dan $119,99 selama setahun. Anda boleh layari laman sesawang ini untuk maklu,mat lanjut https://centr.com/join-us.
https://www.instagram.com/p/Bs9tYpnHynk/?utm_source=ig_embed
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Februari 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











