BAR SOAP PILIHAN NAN TIMELESS, INI 4 PILIHAN GL
Hari ini ramai yang beralih kepada gel atau buih mandian yang secara zahirnya lebih praktikal dan mudah, andai diukur cara penggunaannya di dalam kamar mandi. Hanya perlu tuang atau pam terus ke tangan dan gosokkan ke seluruh badan. Tetapi masih ramai juga yang selesa menggunakan sabun buku atau bar soap yang lebih konvensional.
Ada banyak kebaikan yang membuatkan ramai peminat sabun buku terus setia menggunakannya sebagai peneman kala bersiram. Tambahan pula Hari ini banyak jenama sabun buku berada di pasaran, malah kesemuanya datang dengan variasi manfaat, fokus untuk keperluan jenis dan masalah kulit dan semestinya Hadir dengan pelbagai jenis bau-bauan.

Walaupun ramai yang beranggapan penggunaan sabun buku mungkin agak kurang bersih memandangkan cara penyimpanan sabun buku di kamar mandi mungkin membuatkan ia terdedah kepada bakteria, tetapi sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diguna pakai demi memastikan kebersihannya dan juga memanjangkan jangka masa penggunaannya.
Cara terbaik untuk menyimpan sabun buku ialah dengan memastikan ia kering Selepas digunakan dan elakkan meletakkannya berdekatan dengan area yang mudah terkena percikan air. ANda boleh meletakkan di dalam bekas khas.
Seeloknya elakkan berkongsi sabun buku dengan orang lain. Jika anda berkongsi kamar mandi, mungkin boleh potong sabun buku dan bahagiakan kepada individu yang berkongsi bilik mandi serupa. Memotong sabun buku ini juga digalakkan untuk penggunaan Sendiri kerana ia antara alternatif untuk anda memanjangkan hayat penggunaannya.
Jika rutinnya anda kerap mandi dengan air panas, sebaiknya turunkan suhunya kerana air panas membuatkan sabun buku mencair lebih pantas. Air sejuk membuatkan sabun buku tahan lebih lama termasuklah pada bentuknya.
SABUN BUKU PILIHAN GL

Fresh Seaberry Exfoliating Soap
Ia mengandungi minyak seaberry yang mewah dengan omega 3 dan 6 yang tentunya baik buat kulit. Menariknya ia mengandungi partikel daripada kranberi dan buluh yang bagus untuk pengelupasan. Teksturnya lembut dan baunya pula ringan dan segar hasil daripada aroma kulit limau.

Dove White Beauty Bar
Ini antara sabun buku yang ikonik dan menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi. Ia membersihkan kulit tanpa mengeringkan hasil kandungan sodium lauroyl isethionate. Ia juga mempunyai bahan krim yang melembapkan kulit. Sesuai untuk anda yang mahukan aroma yang lebih semula jadi dan ringan.

Aesop Body Cleansing Slab
Bagi yang punya bajet lebih, ini antara yang boleh dipertimbangkan. Aesop memang mempunyai rangkaian penjagaan badan yang bagus-bagus, baik dari manfaat juga baunya. Untuk yang ini, Aesop mengabadikan bau bergamot, ylang-ylang dan limau. Kandungan pH yang seimbang juga membuatkan sabun ini tidak mengeringkan kulit.

Lush Olive Tree Soap
Sabun yang melembap dan melembutkan kulit hasil adunan extra virgin olive oil bersama ekstrak minyak kelapa dara dan minyak cypress. Menariknya, minyak zaitunnya yang digunakan di dalam sabun ini diimport dari ladang di Palestine. Antara komen mereka yang sudah menggunakan sabun buku dari Lush ini ialah baunya yang segar dan manfaatnya yang tidak mengeringkan kulit dan pilihan terbaik kala mengembara.
Artikel Berkaitan: DIOR SAUVAGE BAKAL MUNCUL DENGAN EDISI BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
GAYA SELEBRITI MALAYSIA DI PREMIER THE DEVIL WEARS PRADA 2 PILIHAN GLAM LELAKI
Selebriti Malaysia tidak ketinggalan dengan kehangatan dalam dunia fesyen, The Devil Wears Prada 2 dengan gaya mereka di malam premier.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR
Jenama fesyen ternama, adidas Originals lancarkan koleksi streetwear penuh kecomelan buat haiwan peliharaan tersayang.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











