FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN
Inovasi time travel Eucerin dalam anti-penuaan yang buat anda kelihatan lima tahun lebih muda dalam empat minggu.
Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline Serum Beiersdorf mencapai milestone baru dalam anti-penuaan dengan teknologi jam usia kulit yang dipatenkan. Dengan 15 tahun kajian dalam bidang epigenetik dan lebih 50,000 bahan diuji untuk aktiviti epigenetik, Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline® Serum dirumus khas untuk melawan 10 tanda penuaan kulit. Ia membantu anda kelihatan sehingga 5 tahun lebih muda dalam hanya 4 minggu
Sebelum ini, idea tentang “air pancut awet muda” hanyalah sebuah impian indah. Tetapi kini, kita mempunyai lebih banyak kawalan daripada yang kita fikirkan. Kajian membuktikan bahawa dengan gaya hidup sihat, kita boleh memperlahankan “jam usia” sel-sel kita. Selepas 15 tahun penyelidikan, Beiersdorf AG, pelopor dalam bidang epigenetik kulit, mencapai satu lagi pencapaian besar dengan teknologi jam usia kulit yang dipatenkan.

Apa itu Epigenetik dalam Penuaan Kulit?
Penuaan kulit adalah proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti pemakanan, senaman, tekanan, kurang tidur, merokok, dan pendedahan kepada sinaran matahari tanpa perlindungan UV. Epigenetik memainkan peranan penting . Ia dengan menentukan sama ada gen tertentu diaktifkan atau disenyapkan melalui proses seperti metilasi DNA, yang berbeza dengan mutasi kerana ia boleh dibalikkan, membuka peluang besar untuk peremajaan kulit.
Beiersdorf memulakan penyelidikan epigenetik pada 2008 dan telah melabur €291 juta dalam R&D pada tahun 2022 untuk memajukan teknologi anti-penuaan. Syarikat ini menganalisis sampel kulit daripada lebih 1,000 individu, mengukur lebih 850,000 tapak metilasi per individu, dan meneliti 50,000 bahan untuk mengenal pasti bahan aktif semula jadi bagi pemulihan kulit. Pada tahun 2016, Beiersdorf memulakan pembangunan jam usia sel kulit dan memperoleh paten untuk teknologi tersebut pada 2021. Menurut Dr. Gitta Neufang, Naib Presiden Kanan Korporat Penyelidikan dan Pembangunan, algoritma di sebalik jam usia kulit ini merupakan teknologi utama dalam menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang inovatif.

Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline® Serum: Generasi Baru Penjagaan Kulit
Menurut Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf untuk Malaysia & Singapura, produk ini menawarkan penyelesaian untuk memperlahankan “jam usia” kulit dengan formulasi bahan aktif teruji daripada lebih 50,000 bahan yang dirumus khas untuk melawan 10 tanda penuaan. Dengan penggunaan konsisten, serum ini dapat mengurangkan tanda penuaan kulit sebanyak 98%, mengurangkan kedutan sehingga 78%, serta melembapkan kulit untuk menjadikannya kelihatan lebih muda dan sihat.

10 Tanda Penuaan Kulit yang Disasarkan
- Kedutan.
- Garis halus.
- Kekurangan keanjalan.
- Kekusaman.
- Kulit kendur.
- Tona tidak sekata.
- Tekstur kasar.
- Kekeringan.
- Pori besar.
- Kehilangan kelembapan.
Produk ini diuji secara klinikal dan dermatologi untuk memberikan hasil yang ketara. Teknologi Epicelline bertujuan memperlahankan tanda penuaan dengan mengaktifkan semula “kemudaan” kulit secara biologi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











