HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
Apakah itu mawar? Sebagai simbol sejagat, bunga mawar membawa pelbagai maksud untuk setiap individu berbeza. Bunga itu sendiri mempunyai kuasa alam semula jadi di sebalik setiap kelopaknya. Indah dipandang mata dan memukau pula pada harumannya.
Bunga Mawar Henry Jacques
Kembara wangian Henry Jacques sentiasa dipenuhi dengan mawar. Setiap satunya hadir dengan personaliti dan rahsia tersendiri. Sejak berdekad lamanya mawar berada dalam atelier mereka dan peminat minyak wangi sentiasa mendambakan mawar ciptaan Henry Jacques.
Musim bunga lalu menjadi titik perubahan baharu. Mereka menemui mawar yang tidak seperti yang lain, dan mereka tidak tahu mengenai kewujudannya. Seperti semua penemuan artistik yang hebat, ia bagaikan takdir dan lahirnya cetusan inspirasi serta kreativiti daripada itu. Teruja dengan konsep baharu itu, dan sentiasa berusaha untuk berinovasi, mereka menciptakan koleksi terkini yang dihasilkan daripada tuaian mawar pertamanya. Ia ditanam di kawasan Atelier baharu di Selatan Perancis.
Pada namanya, Collection de l’Atelier sahaja memaparkan bagaimana atelier sang pelukis membentuk impiannya. Koleksi ini juga dianggap sebagai satu bentuk kreativiti g paling tulen yang dibotolkan.
Palet Rona Haruman Baharu
Bagi Henry Jacques Rose de Mai absolute yang diekstrak daripada penuaian musim 2023, nyata hasilnya tidak dijangka sama sekali. Selain tampil elegan, lembut, tulen serta semula jadi. Seakan-akan penemuan warna baharu. Ia titik permulaan baharu yang membawa mereka ke arah pelbagai kemungkinan. Ia mendorong kepada pelbagai gubahan, seakan seorang pelukis yang mencipta pelbagai rupa, bentuk, dan akhirnya menjadi satu karya seni menarik.
Selepas beberapa cubaan dan pertimbangan dengan ekstrak absolute yang mengagumkan ini, terhasillah tiga ciptaan baharu iaitu trio edisi terhad yang dicipta daripada keterampilan serta inovasi Henry Jacques. Ia dipersembahkan di antara satu sama lain dalam bekas buatan tangan. Terhad kepada 500 buah sahaja, Collection de L’Atelier ini tidak akan dihasilkan semula.
Minyak wangi yang pertama terarah kepada aspek ketulenan dan dalam masa sama meraikan kemeriahan warna HJ Rose de Mai absolute dalam segala kemegahannya. Sama seperti Yves Klein meraikan warna biru ciptaannya. Untuk yang kedua dan ketiga seterusnya lebih berani, hasil usaha selepas pelbagai kesilapan dan cubaan demi cubaan, gabungan, superposisi, keratan. Lalu terbentuknya dua haruman yang berupaya setanding dengan hasil karya artis visual Perancis, Matisse pada lewat usianya. Kala mengukir warna dan kontras pada kolaj serta bermain dengan bentuk sama juga yang bertentangan. Ia seringkali berada di antara aspek pembentukan dan pengabstrakan.
Penghormatan Untuk Momen Sepintas Lalu
Sama seperti litografi bernombor, wangian edisi terhad baharu ini adalah tafsiran inspirasi terhadap kreativiti sepanjang hayat. Serta gambaran kepada dunia Henry Jacques yang mengagumkan. Untuk mengekalkan keindahan penuaian pertamanya, dan untuk meninggalkan ruang bagi ciptaan masa depan daripada hasil penuaian baharu. Wangian daripada Collection de L’Atelier ini tidak akan dikeluarkan semula. Ia boleh dinikmati, dikongsikan, dikumpulkan, dipelihara dan hilang sepenuhnya suatu hari nanti. Namun memorinya akan terus berkekalan.
Tiga Wangian Baharu
HJ Rose de Mai absolute 2023 menampilkan nota madu dalam harumannya, yang cair bersama watak si herba hijau. Suntikan lebih pedas hadir selepas itu, yang memberikan satu gelombang kejutan. Ia dihidupkan menerusi tiga wangian, yang pertama diberi penghormatan atas aspek ketulenannya sementara yang lain lebih nakal interpretasinya dan bertindak sebagai perintis.
ROSE SOLEIL adalah lembut, hangat, dan berempah.
Sofistikated dan kompleks, HJ Rose de Mai absolute ini bermain dengan nota cengkih, cendana, nilam dan ylang-ylang. Wangian ini menyerlahkan keremajaan, keserombonan dalam kebijaksanaan serta cetusan kegembiraan dalam senyuman tanpa sedar. Senyuman yang hanya terhasil oleh seseorang yang telah menjalani kehidupan mereka sepenuhnya. Membawa kita terlupa pada jejak masa, menyedarkan kita tehadap kehidupan seharian.
ROSE TRÈS ROSE adalah lengkap, membangkitkan, dan tersendiri.
Halus, tulen, statutori. Di sebalik ketelusannya, HJ Rose de Mai absolute mendamaikan jiwa, memberikan rasa lengkap dan kepuasan. Seakan berada di kampung halaman yang menenangkan. Alam sekeliling yang biasa dilihat, pusat graviti kelahiran kita dan sentiasa menarik kita untuk kembali semula. Rose Très Rose memberi gambaran seperti di rumah.
ROSE AZUR adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berkarisma.
Diselubungi di antara nota kayu-kayan kering dan sitrus, HJ Rose de Mai absolute hadir dalam bentuk semula jadinya. Sama seperti hati yang lembut di sebalik personaliti yang kental, Rose Azur perlu ditakluki. Menarik dan mempesonakan, sukar digapai, firdausi, dan di luar realiti nyata meletakkan wangian ini dalam gabungan mewah bersama identiti kompleks yang membuatkan kita berasa terikat dengannya. Aroma-aroma ini dipersembahkan dalam bentuk Les Essences, variasi minyak wangi yang paling dekat di hati Henry Jacques. Ia sebagai penghormatan kepada legasinya dalam saiz paling besar iaitu 30ml.
Edisi terhad 500 Boîtes à Parfums Collection de l’Atelier 2023 ini berharga RM45,000. Ia terdiri daripada:
- ROSE TRÈS ROSE (30ml)
- 2. ROSE SOLEIL (30ml)
- 3. ROSE AZUR (30ml)
Hadir sebagai tambahan adalah 10 peti eksklusif yang diisi dengan Collection de l’Atelier kandungan 15ml. Sementara 30ml Les Essences dalam botol flacon yang akan dilancarkan pada pertengahan 2024, setiap satu untuk 10 butik Henry Jacques.
Butik Henry Jacques terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Atau layari parfumshenryjacques.com
Baca lebih lanjut: 12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.
KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.
10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguji setiap wangian secara langsung? GLAM Lelaki membariskan 10 pilihan terbaik untuk wangian lelaki pada tahun 2023.