“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
Nama baharu yang kini mencuri perhatian ramai. Bukan hanya beraksi di atas arena wushu, Alton Ang adalah wajah masa kini yang selalu dilihat menghadiri acara-acara di sekitar kota. Berbekalkan raut wajah yang kacak, personaliti dirinya pula membiaskan aura misteri yang tersendiri. Seperti Bleu De Chanel, satu wangian Eau De Parfum ikonik buat lelaki urban yang maskulin.
Ikuti temu bual bersama atlet wushu negara, Alton Ang yang berkongsikan tentang impian, seni mempertahankan diri dan wangian kegemarannya:
1. Alton Ang dalam 3 patah perkataan.
Sifat ingin tahu, mesra dan tekun.
2. Apakah projek anda yang menarik tahun ini?
Setiap projek yang saya lakukan, semuanya menarik. Ia mempersembahkan cabaran yang unik dan peluang untuk saya belajar. Saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan belajar perkara baharu dengan setiap projek yang datang.
3. Kongsikan kepada GLAM Lelaki bagaimana anda bermula dalam seni mempertahankan diri terutamanya sukan wushu?
Saya mendapat inspirasi daripada sebuah filem yang menampilkan legenda, Bruce Lee. Saya sangat kagum dengan setiap aksinya dan dari situ saya membuat keputusan untuk memulakan langkat dalam seni mempertahankan diri.
4. Apakah pencapaian terbesar anda dalam sukan seni mempertahankan diri?
Setiap pencapaian cukup bermakna buat saya. Tetapi kemenangan pingat emas di World Junior Championship adalah pencapaian terbesar saya.
5. Apakah yang anda belajar sebagai seorang atlet?
Disiplin. Latihan yang konsisten membantu untuk saya bekerja keras dan membahagikan masa saya dengan betul. Ia mengajar saya untuk fokus, sentiasa memberikan perhatian serta mental yang kuat untuk berhadapan dengan situasi yang sukar. Selain itu, ia juga mengajar tentang keyakinan diri, skil baharu dan semangat untuk mengejar impian yang dapat memberikan sifat percaya pada diri sendiri.
6. Tip untuk kekal fit dan sihat?
Saya selalu bersenam, banyak melakukan pelbagai jenis kardio, latihan kekuatan dan senaman fleksibel. Juga, jangan lupa untuk kekal hidrat. Minum air yang banyak sepanjang hari.
7. What is next for Alton Ang?
Saya mahu berlatih lebih kuat untuk mendapatkan kejuaraan lain. Dan, impian saya adalah menjadi seorang pelakon seni mempertahankan diri satu hari nanti.
8. Apakah jenis wangian yang anda suka?
Saya sukakan wangian yang memberikan semburan yang mewah, segar dan woody. Ianya sangat versatil dan memberikan tarikan sepanjang hari.
9. Apa yang membuat anda jatuh cinta dengan wangian Bleu De Chanel?
Wangian ini mempunyai haruman yang elegan, woodsy dan segar. Wangian ini memberikan semburan yang indah dan penuh energi.
10. Kempen minyak wangi Chanel ini mengangkat mesej “Find your blue, find yourself”. Boleh Alton kongsikan apakah maksud ‘blue’ buat anda?
‘Blue’ pada saya mewakili semangat ingin tahu dan tanpa sempadan. Seperti ketinggian langit ataupun kedalaman lautan, ia melantangkan simbol kepada potensi untuk lebih mengenali diri dan mengejarkan impian saya.
11. Apakah pendapat anda mengenai kempen terbaharu Bleu De Chanel yang menampilkan pelakon berbakat, Timothée Chalamet?
Kempen ini cukup segar dan unik. Lebih istimewa, ia menggunakan khidmat legenda perfileman, Martin Scorsese sebagai pengarah.
12. Kongsikan memori pertama anda bersama haruman ikonik Chanel ini?
Aromanya yang tersendiri dan menggoda membuatkan wangian ini tidak mudah dilupakan. Ia meninggalkan impresi yang mendalam, dan mampu memberikan kesan positif kepada keyakinan diri dan gaya yang elegan.
Bleu De Chanel, Wangian Ikonik Buat Lelaki Urban Yang Maskulin
Satu ikon yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bleu De Chanel merupakan sebuah ciptaan yang ikonik dalam dunia haruman dunia, terutamanya dalam kalangan wangian eksklusif buat lelaki. Wangian mewah buat rumah fesyen Paris ini membangkitkan aura misteri yang tersendiri, dan terus menjadi kegemaran lelaki urban di seluruh dunia.
Inspirasi hadir daripada tarikan magnetik dan semangat kesegaran yang timeless, Bleu De Chanel bukan sahaja memberikan semburan yang maskulin. Setiap semburan juga membiaskan keyakinan diri buat lelaki untuk lebih berani, bersemangat dan lebih mengenali personaliti diri. Ia membuka langkah untuk mencari identiti diri sebenar, dalam melantangkan diri sendiri yang lebih autentik.
Chanel Fragrance ini menampilkan bau kayu-kayan sebagai ekspresi utama kepada sisi maskulin lelaki moden hari ini. Aroma woody ini menjadi karakter penting dalam komposisi wangian yang segar dan penuh misteri. Ianya klasik dan moden pada masa yang sama. Serta boleh digayakan sepanjang hari, tanpa mengira waktu dan acara. Lantas menjadikan ia sebagai wangian yang terbaik buat jejaka urban yang penuh berkuasa.
Find Your Blue, Find Yourself
Di sebalik dunia hiburan dan populariti sebagai pelakon muda penuh bakat. Timothée Chalamet menjadi simbol kepada lelaki yang mahu mendalami dirinya, yang mengikuti kata hari dalam mencari haluan kejayaan yang tersendiri. Kali ini juga, penerima nominasi di Academy Awards itu membintangi kempen terbaharu “Find Your Blue, Find Yourself” yang diarahkan oleh pengarah prolifik, Martin Scorsese.
Untuk kempen Eau De Parfum kali ini, Timothee selaku duta mengalukan era baharu kepada minyak wangi ikonik Chanel ini. Ia melaungkan esen diri yang sebenar, dalam persona karakter seorang selebriti dan juga sisi gelapnya. ‘Biru’ ini menjadi simbol kepada harapan dan sinaran optimis kepada mesej yang mahu dikongsikan kepada penonton: “Find you blue, find yourself”.
Wangian Bleu De Chanel yang ikonik daripada Chanel ini boleh didapati di sini.
Baca lebih lanjut: BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.
KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.