Skip to content

zakar bengkak

ZAKAR BENGKAK! 5 PUNCA UTAMA PERLU AMBIL TAHU

Kongsikan artikel ini

Hati-hati jika zakar bengkak. 5 punca kenapa ia perlu dipandang serius dan perlukan rawatan segera. Jangan main-main lelaki!

Perkara mengenai masalah di bahagian sulit bukanlah satu topik yang digemari lelaki terutama secara umum. Yelah, semuanya hebat-hebat belaka! Setiap tubuh badan kita, akan ada masa tidak sihat. Zakar bengkak ini kebiasaanya berlaku apabila mula timbul benjolan  samada membuang air kecil dan melakukan hubungan seks.

Jangan risau tidak semua bengkak itu tanda anda mempunyai penyakit serius. Tetapi, jika hendak kepastian segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, ubatan atau rawatan susulan.

zakar sakit

Ini 5 punca zakar bengkak perlu anda tahu :

1. Balanitis

Balanitis ini sering terjadi buat kaum lelaki disebabkan kepala zakar (glans) mengalami kerengsaan atau radang. Menurut kajian, sekitar 3 – 11 peratus lelaki akan mengalami Balanitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan dikaitkan dengan kebersihan. Balanitis juga disebabkan jangkitan Candida albicans, sejenis yis yang secara naturalnya mendiami tubuh badan dan alat sulit.

2. Alergi

Kulit zakar anda mungkin bengkak disebabkan alahan terhadap kondom getah, klorin dalam air mandian, kimia dalam bahan cucian, Propylene glycol dalam alat pelincir seks, Spermicides iaitu alat pembunuh sperma. Untuk merawat alahan ini, wajib jumpa doktor dan dapatkan rawatan.

3. Uretritis

Radang uretra boleh jadi punca zakar sakit dan bengkak yang berlaku akibat jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kelamin (STD) yang juga menyebabkan rasa sakit ketik membuang air kecil serta kerap kencing.

 4. Priapisma

Masalah ini menakutkan dan akan mengakibatkan zakar lelaki mengalami ereksi berterusan dan berpanjangan walaupun tanpa sebarang rangsangan seksual. Ereksi yang berlaku lebih daripada 4 jam ini juga akan membuat zakar sakit.

5. Tanda Awal Kanser

Kemungkinan ia tanda awal kanser! Lelaki perlu perhatikan tanda ini selain daripada benjolan, pendarahan kulit, perubahan bau atau ada cecair aneh keluar dari zakar anda. Segeralah jumpa doktor jika anda mengalami kebengkakan yang luar biasa.

 

Artikel berkaitan 5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU TAHU

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut