INGIN LEBIH SUBUR? CUBA SENAMAN JENIS INI
Sejauh mana jenis senaman yang anda lakukan on daily basis dapat mempengaruhi kesuburan seorang lelaki. Seperti sedia maklum, aspek kesuburan sesuatu yang amat peribadi lantas boleh memberi kesan pada kelangsungan satu-satu perhubungan. Yang pasti, kualiti sperma adalah faktor penting mempengaruhi kesuksesan satu kehamilan. Sperma yang sihat adalah sperma yang berkualiti jika memiliki bentuk, jumlah dan pergerakan yang normal. Oleh itu, salah satu cara untuk mengandakan kuantiti sperma yang berkualiti adalah menerusi olahraga — terutama sekali olahraga kardio.

Kenapa olahraga kardio membantu dalam memproduksi sperma berkualiti? Perlu diketahui bahawa baik buruknya kualiti sperma sedikit banyak bergantung pada kesihatan jantung anda. Jantung bertanggungjawab untuk menyalurkan darah ke seluruh jaringan dan organ. Semakin kuat jantung anda, semakin baik ia mengalirkan darah beroksigen ke seluruh tubuh, termasuk ke testis sebagai tempat produksi sperma dan air mani.

Olahraga ini berfungsi dalam meningkatkan pembakaran tenaga yang tinggi dan cepat melalui gerakan dinamik dan berulang-ulang, misalnya lari, berenang, atau lompat tali. Oleh itu, sesi olahraga kardio yang konsisten akan memberi impak positif pada kualiti sperma.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Oktober 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.










