Skip to content

INI PERBEZAAN POMADE, GEL DAN WAX PERLU ANDA TAHU

Kongsikan artikel ini
2 of 4

1. POMADE

Pomade kebiasaannya dihasilkan dari minyak yang mengandungi lemak serta zat berminyak atau sejenis bahan dari wax (lilin) yang digunakan untuk penaataan rambut. Tapi ada juga pomade yang dihasilkan dari bahan berasaskan air; pomade jenis ini lebih mudah di cuci. Penggunaan pomade digunakan untuk membuat rambut agar rambut lebih licin, berkilauan dan kering serta tahan lebih lama. Sedikit sejarah mengenai pomade. Ia mula digunakan sekitar abad ke-19 dan ketika itu. lemak beruang menjadi bahan utama. Perkataan”pomade” sebenarnya berasal dari bahasa Perancis yang bererti “salep”, iaitu sejenis gel dari buah-buahan.

Pomade sendiri terdiri daripada 3 jenis yang utama iaitu water-based, oil-based dan mix-based.

Water-based Pomade yang berasaskan air namun daya ketahanan tidak setahan oil-based. Sesuai buat mereka yang inginkan rambut mereka kelihatan berkilau, namun tidak sesuai untuk mereka yang terlampau aktif kerana air peluh boleh merosakkan keseluruhan gaya, terutama sekali jika terkena air hujan. Jika anda memiliki rambut lurus yang pendek maka digalakkan menggunakan pomade jenis ini.

Oil-based – Tahan lama namun sukar untuk ditanggalkan. Perlu menggunakan syampu atau perapi bagi menghilangkannya. Jika anda memiliki rambut lurus yang panjang, sebaiknya menggunakan pomade oil-based.

Mix-based- Merupakan kombinasi air dan minyak. Sangat sesuai dan digalakkan untuk semua lelaki.

Cara penggunaan asas: Hanya sapu di tapak tangan dan ratakan di seluruh rambut ketika rambut kering. Bagi yang menggunakan water-based, pastikan rambut anda lembap. Kemudian, sikat rambut mengikut kesesuaian gaya kegemaran anda.

pomade-berbagai-merk

Sekadar gambar hiasan (Photo credit: www.bicarafashion.com)

2 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RAHSIA KULIT KEPALA SIHAT: PANDUAN GROOMING LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut

TIPS PENJAGAAN MULUT KETIKA BULAN PUASA AGAR TIDAK MUDAH BERBAU

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA

Bacaan Lanjut
fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut
TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

Bacaan Lanjut
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI

GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut