INI KESAN BURUK DUDUK SEJURUS SELEPAS BERSENAM
Penat dan mengah seringkali jadi alasan utama kenapa seseorang akan terus duduk selepas bersenam mahupun workout. Tetapi tahukah anda, rutin kebiasaaan ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk kepada tubuh badan anda dalam jangka masa lama. Ya, walaupun anda merasakan dengan duduk sementara mampu merehatkan tubuh badan, namun sebenarnya ia dapat memberikan kesan kepada otot.
Berdasarkan kajian dari Liz Letchford, pakar pencegahan kecederaan dari ATC menyatakan duduk secara santai sejurus selepas bersenam mampu memberikan kesan ketidakseimbangan otot dan kekejangan. Walaupun anda tidak akan merasainya pada waktu itu, namun otot anda tidak mampu untuk tumbuh dengan baik. Atas sebab itulah ramai di kalangan kita mengalami sakit-sakit otot setelah melakukan rutin senaman selama 1 hingga 2 tahun, dan akhirnya berhenti kerana mengalami kecederaan otot dan sendi.
Jelasnya lagi, ‘bila anda tidak benar-benar melakukan proses penyejukkan diri selepas latihan secara intens, tubuh anda akan menegang. Dan ini menyebablan proses pemulihan selepas latihan berlaku dengan perlahan. Selain itu, pembentukan asid laktik dalam otot membuatkan anda merasa sakit dan letih untuk beberapa hari akan datang.”
Oleh itu, sesi penyejukan diri memberikan anda kesempatan bagi memanfaatkan asid laktik dalam otot. Anda disarankan untuk melakukan rutin penyejukan diri (cool down) selama 5 ke 10 minit selepas bersenam bagi membantu meningkatkan fleksibiliti otot dengan melakukam pelbagai gerakan dalam mengurangkan risiko kecederaan. Elakkan dari terus duduk! Lakukan rengangan kaki, bahu, punggung dan lengan dalam posisi berdiri selama 5-7 minit. Cara ini juga sesuai membantu menurunkan suhu badan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 28 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK
Kepala botak seringkali menjadi masalah kepada lelaki apabila usia semakin meningkat. Ketahui tanda-tanda rambut semakin menipis dan cara elakkannya.
BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?
Perlu atau tidak seorang lelaki mencukur bulu di bahagian bawah lengan? Ya, kami merungkai mitos ini.
5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG
Anda mempunyai masalah sakit pinggang sehingga menjejaskan aktiviti harian? Cuba senarai senaman ini untuk mengurangkan rasa sakit.
MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU
Kini, ramai semakin peka dengan penjagaan kulit termasuk penggunaan skrub muka. Ini antara manfaat exfoliation yang anda perlu tahu.
5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI
Anda memiliki kulit jenis kombinasi? Ayuh cuba pencuci muka lelaki terbaik pilihan kami di sini.