INVICTUS VICTORY, AROMA BUAT JUARA
Haruman itu besar peranannya dalam menaikkan mood. Ada sebahagian orang pula menggunakan haruman sebagai sumber keyakinan diri, yang adakalanya bila sudah terlalu biasa dengan satu-satu haruman, dirinya tidak lengkap jika tidak dibaluti bau yang sama, macam ada yang hilang dalam dirinya.
Pilihan haruman juga bermacam-macam, dan setiap satunya punya karakter berbeza-beza. Paco Rabanne misalnya punya banyak haruman yang menjadi kesukaan, baik lelaki mahupun perempuan. Antara yang popular menghiasi rak grooming lelaki sejak dulu ialah XS dan 1 Million. Invictus Victory yang ingin saya ketengahkan ini juga antara sudah mula jadi buruan.

Paco Rabanne Invictus Victory diinspirasikan daripada keazaman diri, yang mahu membina kekentalan jiwa agar tidak disinggahi sifat putus asa, mencabar diri dari kemampuan biasa-biasa juga memaksimumkan kesungguhan juga kekuatan jiwa. Bak kata mereka “kegagalan bukanlah satu pilihan”.
Invictus Victory mengadunkan elemen kesegaran dengan ciri-ciri sebuah aroma maskulin, ia mengimbangi di antara bau yang segar dan moden dengan bau yang lebih pekat dan ‘berat’. Eau de parfum ini mengadunkan bahan-bahan sitrus, vanilla dan kacang tonka. Dibekaskan dalam botol kaca berwarna hitam kelam, kelalang ini tidak ubah seperti piala buat sang juara. Invictus Victory boleh dimiliki di Sephora pada harga RM400 (100ml).

Artikel Berkaitan: Kenali Adria Arjona, Heroin Baru Spiderman.
Tip Penting Memakai Haruman
1- Sembur haruman sebaik selepas mandi, sewaktu badan masih lembap selepas dikeringkan dengan tuala. Jika boleh sapu dulu losen atau krim badan untuk memaksimumkan bau minyak wangi.
2- Sembur haruman pada bahagian tubuh yang ‘panas’ seperti di pergelangan tangan, leher dan perut. Elakkan menyembur haruman di bawah lengan (ketiak), belakang lutut mahupun pada bahagian sulit walaupun area tersebut dikira bersuhu hangat.
3- Sembur haruman dari jarak tiga ke enam inci dari tubuh. Dan cukuplah sekali sembur pada satu bahagian, usah terlalu banyak.
4- Jika menyempur pada pergelangan tangan, usahlah digosok-gosok. Itu hanya teknik salah yang banyak anda tonton di dalam filem.
Artikel Berkaitan: Siapa Jackson Yee Hingga Dipilih Menjadi Duta Armani Beauty?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











