Skip to content

JAGA KULIT SEJERNIH KRISTAL BERSAMA SK-II PITERA ESSENCE

Kongsikan artikel ini

Cukup sinonim dengan rutin penjagaan wajah bertaraf antarabangsa. SK-II dalam edisi terhad PITERA  ESSENCE hadir dengan elemen serba unik.

SK-II kembalikan aura harimau dalam edisi terhad PITERATM1  ESSENCE melalui inspirasi “Rewrite Destiny and  Own Your Stripes”. Tahun ini elemennya cukup bertenaga kerana PITERATM1  ESSENCE sudah cukup resmi dengan intipati istimewa selama 40 tahun. Malah, esen ini juga merupakan pilihan utama setiap individu.

Tidak salah, untuk anda mulakan rutin penjagaan wajah dengan tambahan PITERATM1  ESSENCE kerana transformasinya membuahkan wajah sejernih kristal. Rahsia utamanya adalah terletak pada proses pemerapan sake yang melalui kajian khas dalam meremajakan kulit wajah tanpa sebarang garis kedutan. Sejak tahun 2003 hingga 2018, Facial Treatment Essence ini telahpun memenangi lebih 330 anugerah kecantikan seluruh dunia dan melambangkan ianya salah satu produk paling berprestij di SK-II.

Artikel berkaitan 5 TIP MILIKI KULIT SIHAT DAN SEGAR SEPERTI ATLET

Sambil menyambut tahun harimau, beranikan diri untuk memilih edisi terhad  SK-II PITERATM1  ESSENCE dalam rutin penjagaan kulit wajah. Cara pemakaian cukup mudah, hanya tuang pad kapas dan sapu secara rata pada permukaan kulit wajah selama 1 minit, jangan lupa bahagian leher juga. Sesuai pada setiap pagi dan malam selepas membersihkan wajah.

https://www.youtube.com/watch?v=54Im_-IRABo

 

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH

Bacaan Lanjut
MANJA WAJAH DENGAN 5 PUPUR TOPENG TERBAIK

MANJA WAJAH DENGAN 5 PUPUR TOPENG TERBAIK

Bacaan Lanjut