Skip to content

LITUP PORI BERSAMA REMEDI DR.JART+

Kongsikan artikel ini

KULIT LELAKI SERING TERDEDAH DENGAN MASALAH BREAKOUT YANG TERUK. DR. JART+ BERSAMA DUO PRODUK TERKINI SEBAGAI REMEDI BAHARU.

Wajah merupakan aset penting lelaki! Rajinlah menjaga dengan rapi. Jenama penjagaan kulit, Dr. Jart+ hadir dengan solusi terbaik dalam menangani kilit bermasalah Bergama Dermask Pore-Remedy Purifying Mud Mask dan Pore-Remedy PHA Exfoliating Serum. Ramuan yang terkandung dalam Gentle Watery Serum. Ramuan yang terkandung dalam Gentle Watery Serum ini dapat membersihkan pori wajah hingga ke lapisan terakhir dan kulit akan lebih licin. Tekstur serum adalah tidak melekit kerana dirumus khas dengan minyak Macadamia Seed dan Panthenol. Macadamia Seed mudah menyerap pada kulit dan membantu menggelupas sel kulit mati dengan lembut tanpa efek kering dan kerengsaan. Serum ini mengandungi 7 % PHA sesuai untuk proses pengelupasan secara lembut dan kulit lebih halus dan licin. Sesuai juga digunakan setiap hari dan untuk kulit yang sensitif kerana asidnya tidak terlalu tinggi.

Cara penggunaan, Pore Remedy PHA Exfoliating Serum, selepas bersih wajah dan sapu toner, goncang serum secara perlahan agar tekstur air dan minyak bercampur sempurna. Lalu, sapu serum pada wajah. Jika anda guna sebagai rutin Siang, krim sunscreen adalah langkah terakhir untuk mengelakan iritasi wajah.

Dermask Pore-Remedy Purifying Mud Mask pula punya kelebihan dalam membersih pori wajah tersumbat dan melembap kulit wajah. Ramuan yang terkandung seperti green mud, sea salt dan PHA membantu kulit lebih licin, mengawal sebun dan membuang sel kulit mati. Topeng wajah ini sesuai untuk kulit sensitif, kulit berminyak, kulit yang mempunyai masalah liang pori besar, kulit kasar dan bintik hitam.

Keunikan topeng wajah ini adalah tekstur dan rekabentuk cukup ringan dan lekap pada wajah terutama pada bahagian celah hidung, dagu, bawah mata dan dahi. Apabila hampir kering, topeng ini tidak mudah jatuh, sambil manjakan wajah sambil bekerja.

Cara pengunaan selepas wajah dibersihkan, letakkan topeng dengan mengikut turutan lalu dibiarkan 15-20minit, bersihkan bersama air suam. Ulang 2-3 kali seminggu untuk hasil kulit bersinar.

Artikel berkaitan Pupur Topeng, Ini Top 3 Pilihan Glam Lelaki

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AESOP MEMANIPULASI MANFAAT PARSLEY SEED

Bacaan Lanjut

SERUM MATA, PENAWAR KELETIHAN & KELESUAN WAJAH

Bacaan Lanjut