Inspirasi: Mickael Louvel, Mr Universe bertangan satu
Siapa menyangka, lelaki sasa tidak bertangan kanan ini adalah seorang juara Mr Universe suatu ketika dahulu. Mickael Louvel, seorang jaguh bina badan menyandang gelaran Mr Universe pada tahun 2008 dan 2009 untuk kategori para, dan memenangi kejohanan Eropah pula pada 2009 dan 2013.

Didedahkan pada usia 16 tahun
Ketiadaan tangan kanannya tidak pernah menghalang Mickael dari cuba untuk memasuki pertandingan bina badan. Atas minatnya yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan, perkataan ‘putus asa’ tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Mickael muda didedahkan dengan aktiviti dan rutin harian kecergasan di gim sejak berumur 16 tahun lagi oleh ayahnya, Ahmed Blalouz seorang atlet angkat berat.
Kelihatan ramai jaguh bina badan berada di dalam gim ketika itu menyentak Mickael untuk turut ingin menjadi seperti mereka apabila besar nanti. Dan dua tahun selepas itu, Mickael menyertai pertandingan bina badan pertama Orleans untuk kategori junior. Selepas beberapa ketika, Mickael menyambung hasratnya untuk berjasa kepada negara dengan menyertai kem ketenteraan.

Kemalangan hampir meragut nyawa
Sebaik saja tamat latihan ketenteraan yang disertainya, Mickael kembali berhasrat untuk menyambung semula impiannya untuk bertanding semula di atas pentas setelah sekian lama berkhidmat di medan peperangan. Namun, satu kecelakaan telah menimpanya. Mickael terlibat dalam satu kemalangan kereta yang menyebabkan tangannya terputus dan malangnya tidak boleh disambung kembali, malah kakinya turut lumpuh. Sebaik sahaja dirinya sedar dari koma yang berlarutan selama 4 bulan, Mickael menyedari diri dia bukan lagi seperti dulu. Akibat kerosakkan sistem saraf di bahagian tangannya, Mickael reda dengan apa yang terjadi. Hampir berbulan-bulan lamanya Mickael terlantar, dia menyedari dia perlu berbuat sesuatu dan enggan mengaku kalah dengan dugaan yang menimpanya.
‘When can I start my training‘ adalah antara soalan yang berlegar setiap hari di dalam kepalanya. Mampukah dia bangkit semula? Jika ya, bersediakan dirinya untuk menghadapi kekecewaan sekiranya dia gagal. Mickael tidak mahu hanya baring tanpa berbuat apa-apa sementara menantikan pemulihannya. Ya, dia perlu berbuat sesuatu. Mickael mula aktif menyelak majalah-majalah kecergasan, menonton video latihan, malah dia juga turut bersenam dengan pembalut (bandages) di tangannya. Akibat kemalangan itu, berat badannya naik 20kg. Sejak dari itu, Mickael juga mula mengamalkan diet permakanan yang sihat dengan hajat untuk kembali bersaing semula dalam pertandingan bina badan kategori cacat tubuh badan (handicap).

Dan akhirnya, kejayaan manis berpihak padanya apabila memenangi kejohanan Perancis untuk pertama kali pada tahun 2002 untuk kategori tersebut. Mickael beranggapan ini seolah satu ‘dendam’ yang dilunas dan terbalas terutama sekali buat mereka yang memandang rendah dan beranggapan dia pasti gagal, dan kini dia sudah membuktikan anggapan mereka salah. Ya, kejayaan pasti akan berpihak buat mereka yang berusaha. Jadi, apakah alasan anda?
Photo credit: Instagram @mickael_louvel
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.











