MILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR DENGAN PEWARNA RAMBUT L’OREAL PROFESSIONNEL INOA BEBAS AMONIA
Sean Lee & Miko Au, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador
“Hendak mencari masa terutama sekali ke salon untuk mewarna rambut amatlah sukar buat saya lebih-lebih lagi dengan jadual harian kerja yang sangat sibuk. Namun, penata gaya rambut Miko Au dari Miko Galere mencadangkan saya untuk mencuba rangkaian INOA daripada L’Oreal Professionnel. Ianya bebas ammonia dan mampu memberikan keserian warna berpanjangan serta keselesaan kulit kepala optima. Terima kasih kepada produk ini, saya kini lebih yakin setiap kali di penggambaran tanpa perlu memikirkan ketidakselesaan. Tambahan lagi, ianya telus air, jadi ianya produk mesra Muslim sesuai buat pengikut saya untuk mencuba.”
Natalie Prabha & Andy Chan, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador
“Semenjak kecil lagi saya sudah tanam tanggungjawab dalam diri untuk menjaga planet kita. Dan sebagai seorang pengamal vegan serta utuh pada budaya pemampanan, saya akan pastikan diri sentiasa menggunakan produk-produk mesra alam. Terima kasih kepada L’Oreal Professionnel, kerana menghadirkan rangkaian iNOA yang berformulasi vegan bebas bau dan juga amonia. Berpeluang melakukan sesi mewarna rambut bersama Andy Chan, saya tidak perlu risaukan lagi tentang pencemaran alam setiap kali saya menggaya dan memanjakan rambut saya. Rambut saya kini tampil lebih sihat dan bersinar walaupun berada lama di set penggambaran.”
Sophia Liana & Shawn Loong, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador
Sebagai seorang penyanyi, jadual harian saya amat padat. Namun, walau sesibuk mana sekalipun, penampilan diri harus tampil on point. Terutama sekali rambut yang menjadi mahkota setiap wanita di luar sana dan Shawn Cutler tahu bagaimana untuk memastikan rambut saya tampil berseri sepanjang masa. Cadangan Shawn adalah untuk mencuba rangkaian warna rambut iNOA daripada L’Oreal Professionnel yang memiliki manfaat telus air, tiada ammonia dan bebas bau ini. Lihatlah hasilnya, ternyata amat memuaskan hati saya!”
Jacqueline Tiang & Kevin Woo, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador
“Sebagai seseorang yang gemar melakukan aktiviti luar, warna rambut saya cenderung untuk kehilangan kilauannya kerana pendedahan matahari yang berterusan. Itulah sebabnya saya perlu mencari produk yang sesuai untuk menambah baik tona rambut. Kini semuanya mudah dengan formula khas L’Oreal Professionnel daripada rangkaian iNOA, ia melaksanakan tugasnya. Pertemuan dengan Kevin Woo dari Centro Hair menyedarkan saya betapa mudahnya untuk mencapai pengalaman mewarna rambut yang sihat, mewah dengan hasil yang berkilat. Terima kasih kepada iNOA, saya kini boleh meneruskan aktiviti harian saya seperti menyelam, berenang dan banyak lagi tanpa perlu risau tentang kerosakan pada rambut saya.”
Indah Ruhaila & Max Chang, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador
“Saya akan pastikan penampilan rambut sentiasa tampil terbaik apabila berhadapan khalayak ramai. Jadi, saya akan mewarnakan rambut untuk kelihatan lebih istimewa dan lain daripada yang lain. Saya bertemu Max Chang daripada Max Style dan beliau mencadangkan saya untuk mencuba produk iNOA daripada L’Oreal Professionnel. Hasilnya sangat memuaskan! Warnanya yang true-to-tone , telus air, tiada bau, vegan, bebas amonia. Dan yang paling penting, pewarna ini tidak merosakkan rambut dan kulit kepala saya!”
Pewarna rambut L’Oreal Professionnel’s iNOA Bebas Ammonia ini kini boleh didapati di salon rambut seluruh Malaysia. Layari LorealProfessionnel.com untuk mencari salon terpilih kegemaran anda. Terokai lebih lanjut tentang iNOA juga L’Oréal Professionnel menerusi laman web rasmi, Facebook dan Instagram .
Teks: Amira Azman
Baca lebih lanjut: GLAM LELAKI MERAIKAN 4 WANITA HEBAT DENGAN KEMPEN ‘I AM WOMAN’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET
Tiada angin tiada ribut, Sean Lee mengumumkan dia telah pun selamat disatukan dengan model, pempengaruh dan usahawan Bay Doucet.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.
COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL
Musim perayaan ini, Coach melancarkan instalasi imersif Ramadan dengan menampilkan beg tangan Quilted Tabby gergasi untuk pengalaman beli-belah bespoke yang mengujakan.
ACARA EKSKLUSIF PERSEMBAHAN KOLEKSI TERBAHARU HUGO BERSAMA GLAM LELAKI
GLAM Lelaki dan HUGO mengadakan sebuah acara ekslusif yang dihadiri oleh barisan selebriti, artis seni, penari profesional dan bintang media sosial di butik HUGO LaLaport BBCC.
25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen adalah acara tahunan berprestij untuk meraikan individu yang telah memberikan impak positif dalam latar kerjaya masing-masing. GLAM Lelaki senaraikan 25 gaya selebriti terbaik di acara Alphamen 2023.