PANDUAN DO’S & DON’TS UNTUK TAMPIL LEBIH SEGAK BERGAYA
Pelbagai rawatan wajah, barangan dan rejim kecantikan dicipta khusus buat lelaki masa kini. Namun masih ada yang bingung dan tidak endah. GLAM Lelaki senaraikan do’s & don’ts supaya wajah si jejaka tampil lebih segak dan bergaya.
DO – MELEMBAP
Kelembapan kulit membantu melawan tanda-tanda penuaan dan mengelak daripada masalah kekeringan kulit muka, kecelaan atau bakteria. Guna pelembap yang ada SPF untuk kulit wajah dan pelembap all-purpose untuk tubuh. Elak pelembap yang mengandungi bahan pewangi.
DON’T – BIARKAN KULIT KERING
Dehydration boleh berlaku pada semua jenis kulit tidak kira usia, terutama sekali kulit kering. Ia terjadi akibat kekurangan air hingga menyebabkan kulit wajah kurang lembapan. Ia boleh menyebabkan kesan-kesan garis halus dan kedutan pada wajah. Pendedahan langsung di bawah sinaran matahari dan penyaman udara juga boleh menyebabkan dehydration.
DO – ELAK AKNE
Untuk memastikan kulit wajah anda bebas akne, elak menyentuh, menggaru atau memicit kulit. Lazimnya, tangan sentiasa terdedah kepada bakteria dan kulit wajah antara bahagian paling sensitif dan mudah meninggalkan kesan kepada pori-pori. Stres dan pendedahan matahari juga penyebab akne. Guna pembersih muka bebas akne dan sesekali skrub muka anda menggunakan pencuci skrub.

DON’T – PICIT JERAWAT
Buang tabiat suka memicit jerawat kerana kekotoran pada jari dan kuku bakal merosakkan lagi pori-pori serta meninggalkan kesan pada kulit muka. Kalau tidak tahan, ada cara memicit jerawat dengan betul. Guna jarum yang sudah direndam dengan air suam (untuk menghilangkan bakteria). Dengan lembut cucuk permukaan jerawat dan picit kedua-dua belah, jerawat tadi bakal keluar sendiri. Dan cepat-cepat bersih muka dengan pembersih muka asas.
DO – PELINDUNG SINAR MATAHARI
Sinaran matahari adalah musuh utama kulit wajah. Kulit wajah yang sentiasa terdedah dengan sinaran matahari bukan sahaja menggelapkan kulit malahan mengakibatkan pigmentasi, lantas berlaku kesan kedutan. Dan yang paling menakutkan, ia juga mendatangkan risiko kanser kulit. Baik melalui krim pelembap atau krim pelindung matahari, pilih yang ada SPF 15 untuk muka dan SPF 30 untuk sapuan satu badan. Pilih juga yang mengandungi sinaran YVA dan UVB.
DON’T – SALAH GUNA PRODUK SPF TINGGI
Elakkan mengguna pelembap yang mengandungi SPF tinggi berlebihan. Ia menyebabkan sel kulit lebih stimulasi yang akhirnya meningkatkan pengeluaran sebum sekali gus membuatkan kulit lebih berminyak. Guna produk SPF tinggi sekiranya anda betul-betul terdedah langsung di bawah sinaran matahari.
DO – GUNA KRIM/GEL MENCUKUR
Di pasaran kini ada bermacam-macam jenis krim, gel dan sabun mencukur. Penting juga anda memahami jenis kulit wajah terdahulu sebelum membeli krim mencukur. Contohnya, sekiranya kulit wajah anda berminyak, cari produk mengandungi mild astringent. Dan sekiranya kulit kering, guna produk yang mengandungi lembapan.
DON’T – MENCUKUR TANPA KRIM
Mencukur tanpa krim menyebabkan pisau cukur lebih rapat dengan permukaan kulit dan berlaku kegeselan yang boleh meninggalkan kesan luka. Ia juga boleh membuatkan kulit anda gatal akibat kesan razor burn. Guna krim, gel atau minyak untuk mengelak kekeringan dan kegatalan. Bercukur mengikut arah tidak bertentangan. Pencukur elektrik pula tidak disarankan kerana tidak dapat memberi kesan licin pada kulit sebaik pencukur biasa.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











