Skip to content

PENJAGAAN KULIT BERMULA DENGAN BUNGA EDELWEISS

Kongsikan artikel ini
1 of 2

The Body Shop memperkenalkan formula Edelweiss baharu dengan 43% lebih kuasa antioksidan berbanding retinol untuk kulit yang lebih kuat, licin dan segar berseri tanpa mengira usia.

Selama berabad, bunga Edelweiss digunakan dalam seni perubatan di Eropah. Malahan, dalam tradisi Alpine pemberian bunga ini melambangkan dedikasi kepada yang tersayang. Kini, The Body Shop memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit Edelweiss dengan formula bunga dengan 43% lebih kuasa antioksidan berbanding retinol untuk penjagaan kulit yang lebih kuat dan licin.

Bunga kecil ini tumbuh dalam keadaan Alpine yang mencabar dengan keadaan angin, salji dan hujan yang ekstrem. Tetapi, ia mempunyai daya ketahanan untuk terus hidup subur. Ia mampu untuk melindungi dan membaiki dirinya sendiri, kerana ia mempunyai antioksidan semula jadi dan termasuklah asid Leontopodic yang dihasilkan hanya apabila bunga ini berada dalam keadaan yang menekan.

Dalam kehidupan seharian, 80% masalah kulit adalah disebabkan oleh pencemaran alam sekitar seperti asap dan habuk yang menjadikan kulit kelihatan kusam dan kering. Sistem perlindungan semula jadi yang terdapat dalam bunga ini menjadikannya ramuan penjagaan kulit yang ideal, terbukti dapat mengekalkan kesihatan lapisan penghalang kulit, serta melicinkan permukaan kulit, membantu mengekalkan wajah yang segar berseri, tanpa mengira usia.

Edelweiss Liquid Peel 100ml (RM139)

 

Organik Dan Dituai Secara Lestari

Rangkaian ini menggunakan ramuan organik dan diperakui Persatuan Vegan. The Body Shop komited untuk mengekstrak kuasa tumbuhan ini selaras dengan kelestarian alam semula jadi, dengan kerjasama ahli botani yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Diformulasi mengikut prinsip ‘kimia hijau’, bunga ini ditanam secara organik dan hanya dituai dengan tangan. Ia diusahakan dengan penuh tanggungjawab tanpa mengamcam bung aini dan menghormati biodiversiti Alpine. Ia kemudian diekstrak tanpa sisa kimia, bermula melalui pengeringan kilang, dan kemudian disuling menggunakan proses yang mampan.

 

Swipe untuk melihat rangkaian produk penjagaan kulit Edelwiess daripada The Body Shop:

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 TIP RUTIN PENJAGAAN KULIT KOREA BUAT LELAKI

8 TIP RUTIN PENJAGAAN KULIT KOREA BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut

BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI

Bacaan Lanjut

MENGAPA RETINOL PERLU ADA DALAM RUTIN PENJAGAAN KULIT LELAKI?

Bacaan Lanjut

TEKSTUR SERUM WAJAH PALING NGAM UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

KULIT KEDUT? PAKAI PRODUK INI TERUS TEGANG

Bacaan Lanjut