PERNAH KEMURUNGAN, KHALIS FITRI BANGKIT DENGAN GAYA HIDUP AKTIF
Berasal dari negara jiran, Khalis Fitri kiranya definisi seorang lelaki yang tidak mudah mengalah dan bangkit walau apa jua ujian yang mendatang. Di sebalik senyuman yang manis, siapa menyangka dirinya pernah menghadapi detik hitam yang sukar untuk digambarkan. Dek fasa kemurungan yang pernah dihadapi baru-baru ini, Khalis tidak mudah putus asa malah dengan gaya hidup aktif yang sihat, Khalis ingin membuktikan tiada apa yang mustahil, asalkan ada determinasi dan semangat juang yang tinggi. Good job Khalis! Jom ikuti temubual kami bersamanya.
GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?
KHALIS FITRI: Terima kasih kepada penulis GL kerana sudi menemubual saya. Nama diberi Khalis Fitri. Saya bertugas sebagai jurutera (Oil & gas), model sambilan & jurulatih peribadi dengan pensijilan ACE. Hobi saya bersenam, menyanyi dan menonton filem seram.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia kecergasan?
KHALIS FITRI: Saya mula terlibat dalam dunia kecergasan sejak 2012. Saya mendapat inspirasi dan motivasi untuk lebih mempelajari tentang ini dari adik saya. Seperti saya, adik saya juga bertubuh kecil. Dia mula membina badan dan saya menyaksi perubahan tubuhnya. Itulah kali pertama saya menunjuk minat dengan mempelajari dalam dunia kecergasan ini. Selepas itu, saya mula mengikut adik saya ke gim. Selain mendapat dorongan darinya, saya juga menonton video-video di YouTube untuk menolong saya. Dengan konsistensi dan komitmen, saya kerap ke gim dan mula membina persahabatan dengan orang lain yang kongsi minat yang sama.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?
KHALIS FITRI: Saya selalu dikenali sebagai seorang yang bertubuh kecil. Oleh kerana saya tidak pernah fasih dalam bidang kecergasan, senaman saya terhad kepada yang mudah. Apabila saya mendapat lebih pelajaran tentang aspek seperti menggunakan alat gym dengan betul, saya mula meneroka aktiviti yang lain untuk menolong saya mencapai matlamat untuk membina badan yang saya idamkan. Saya juga percaya jikalau saya menjaga badan fisikal saya, saya juga akan merasa baik dari segi emosi dan mental.
GLAM Lelaki: Bagaimana pula dengan rutin kecergasan harian anda?
KHALIS FITRI: Jadual pekerjaan saya sebagai seorang jurutera tidak menentu, ia tidak memberikan saya peluang untuk menuntut jadual yang tetap seharian. Tetapi dengan disiplin, saya cuba mengikut sebuah senarai yang saya tetapkan setiap minggu. Dari segi bersenam, saya mengetepikan 2 jam di gim setiap sesi, 3-4 Kali seminggu. Ini memberikan saya 2 hari untuk berehat supaya tidak mengerjakan badan saya keterlaluan. Imbangan antara rehat dan bekerja memainkan peranan yang penting untuk elakkan kecederaan. Dari segi makanan pula, saya percaya dengan jadual makanan 3 kali sehari (sarapan, makanan tengahari can makan malam). Saya menjadikan tabiat untuk tidak makan atau snek selepas jam 8 malam!
Selain itu saya juga menjaga penghidratan saya. Saya cuba menjaga masa rehat dan tidur saya selama 6 hingga 8 jam sehari. Jangan meremehkan kualiti tidur yang baik. Jika saya membuat persiapan untuk bertanding, saya juga praktis “zero carbo diet” iaitu mengelak makanan yang berkarbohidrat seperti nasi. Saya juga mengamalkan “cheat day” setiap hari Sabtu. Ini memberikan saya peluang untuk makan makanan yang saya gemari semasa saya menonton diet saya.
GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan?
KHALIS FITRI: Yang menjadi inspirasi untuk mulakan perjalanan saya paling utama ialah adik saya.
GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai membuat badan dan terlibat dalam dunia kecergasan?
KHALIS FTRI: Pada mulanya, saya tidak ada niat untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Saya mulakan perjalanan saya dengan niat untuk menjaga kesihatan. Lama kelamaan saya mula rasa yang saya gemar dan tertarik dengan aktiviti yang saya kerap membuat. Saya mula mempelajari lebih dalam tentang aspek aspek untuk mencapai matlamat. Dengan tidak menyedari, saya mula mendapat ikutan ramai di sosial media dan mula menjadi inspirasi kepada kawan-kawan.
GLAM Lelaki: Kenangan dan pahit manis dalam dunia kecergasan ini.
KHALIS FITRI: Tahun ini, saya melalui suatu fasa kemurungan yang tidak membenarkan saya untuk memberi tumpuan kepada kesihatan dan badan saya. Ini menyebabkan saya terpaksa menarik diri dari peluang pertandingan, yang saya telah membuat persiapan sejak tahun lalu, kerana badan saya bukan dalam keadaan untuk bertanding. Namun, itu hanya satu dari pengalaman yang lain yang saya mengambil iktibar untuk kerja lebih kuat. Menjaga tubuh saya juga telah memberikan saya keyakinan dalam diri. Walaupun saya seorang yang malu, bidang ini telah memberi saya ruang untuk ekspres diri saya dan mencuba bidang lain seperti modeling, lakonan di televisyen dan juga iklan.
GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?
KHALIS FITRI: Saya harap saya dapat menjadi seorang yang memberi inspirasi dan semangat kepada kaum Adam untuk mulai perjalanan mereka dan menunjukkan dengan niat yang betul, semangat yang konsisten, komitmen dan dedikasi, itulah resipi untuk sukses. Saya juga harap jikalau rezeki saya, saya dapat melibatkan diri dalam persaingan bina badan bukan sahaja di Singapura tetapi di negeri Asia yang lain seperti Malaysia dan Indonesia.
Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @fotobyali / www.fotobyali.com | Pakaian: GUESS dan UNDER ARMOUR | Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz
#Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Transformasi Zero 2 Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM
Bersenam bukan sahaja memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang lengkap agar kita dapat memanfaatkan setiap sesi latihan.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi haruman terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.