RAHSIA AWET MUDA PHARRELL WILLIAMS PADA USIA 51 TAHUN
Walaupun telah berusia lebih lima dekad, Pharrell Williams ternyata kelihatan jauh lebih muda berbanding usia.
Setelah sekian lama peminat berteka-teki, pemuzik itu akhirnya mendedahkan dua rahsia penjagaan kulitnya dalam satu temu bual bersama People baru-baru ini.
“Terdapat satu rutin, anda boleh cari di internet, yang memainkan peranan penting — oh bukan satu tetapi dua. Pertama adalah pengelupasan, dan satu lagi di sini,” katanya sambil menuding jari ke arah hatinya.
“Ia benar-benar ada sini. Jiwa kanak-kanak, jangan sekali-kali lenyapkannya. Jangan sesekali katakan, ‘Oh, saya terlalu tua untuk lakukan perkara ini.’ Jangan. Apa saja yang anda mahu buat, lakukannya sekarang. Mereka yang mahu mengawal persepsi anda? Mereka juga cuba lakukannya kepada saya, tetapi tidak berjaya,” tambahnya.
Pharrell Williams Tampilkan Humanrace
Pengarah kreatif Louis Vuitton ini juga memberi jawapan sama kepada majalah Dazed pada Ogos 2017. Katanya, pengelupasan membantu kulitnya kelihatan awet muda dan bebas kedutan.
“Saya lakukan eksfoliasi macam orang gila. Apabila anda lakukan pengelupasan dan minum banyak air, ia mendatangkan kebaikan. Bagi saya, kuncinya adalah melakukan eksfoliasi dengan kerap. Ada banyak sel kulit mati, jadi saya buat pengelupasan sepanjang masa,” katanya.
Bagaimanapun ada yang enggan mempercayai rahsia awet muda Pharrell hanyalah teknik eksfoliasi semata-mata, termasuk penyanyi R&B Frank Ocean. Dalam satu wawancara bersama GQ pada 2019, Frank menyelar penyanyi itu kerana tidak mendedahkan tip penjagaan kulit yang lebih mendalam.
“Sudah bertahun-tahun, Pharrell masih belum memberikan ‘kuncinya’ kepada kita. Dia hanya katakan ‘pengelupasan’, tetapi ia bukan hanya pengelupasan. Kami mahu tahu lebih banyak lagi,” katanya.
Setahun kemudian, pelantun lagu Happy itu melancarkan rangkaian penjagaan kulit Humanrace yang dihasilkan bersama pakar dermatologinya, Elena Jones.
Rangkaian ini merangkumi segala-galanya daripada Humidifying Face Cream kepada Lotus Enzyme Exfoliator yang mengunakan bahan semula jadi seperti ekstrak cendawan salji dan asid hialuronik.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Louis Vuitton Men Fall Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Pharrell Williams. Saksikan secara livestream pada 17 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.
LIVESTREAM LOUIS VUITTON PRE-FALL 2024 MEN DI SINI – GLAM LELAKI
Louis Vuitton akan mempersembahkan koleksi Pre-Fall 2024 Men oleh Pengarah Kreatif, Pharrell Williams pada 30 November 2023 (8:00 PM) di Avenue of Stars di Hong Kong
LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Louis Vuitton Men SS24 yang akan menyaksikan debut Pharrell Williams sebagai Pengarah Kreatif yang bakal diadakan pada 21 Jun 2023 langsung dari kota Paris.
SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIKI JENAMA KECANTIKAN SENDIRI
Rutin kecantikan kini menjadi norma tanpa mengira jantina. Disebabkan itu semakin ramai ikon Hollywood mengeluarkan jenama kecantikan dan penjagaan kulit sendiri.
PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON
Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.