RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH
Siapa saja yang tidak kagum melihat badan Chris Hemsworth yang sasa dan ototnya yang kekar.
Namun bukan mudah untuk memiliki tubuh sebegini jika tiada usaha. Seperti yang dikongsi pelakon itu dalam satu wawancara, dia bersenam secara konsisten setiap hari. Akuinya dia sudah terbiasa melakukan senaman secara teratur, jadi jika ponteng bersenam walau beberapa hari, tubuhnya akan menderita.
“Tubuh saya seperti tidak berfungsi apabila berhenti bersenam, rasa seperti tidak sihat. Keseronokan tidak bersenam hanya tahan beberapa hari saja, selepas itu mulalah badan rasa sakit dan lenguh. Justeru saya sedar, untuk terus hidup sihat dan gembira, saya perlu terus bersenam.”
Pelakon asal Australia ini juga gemar mencampur aduk rejimen senamannya, berbanding kekal pada satu jenis rutin sahaja. “Saya tidak berlari. Saya lakukan perlbagai senaman berbeza. Anda perlu selalu meneroka dalam dunia kecerdasan dan senaman, serta sentiasa mencari sesuatu yang segar,” katanya.

Foto: X
Chris Hemsworth Tidak Takut Mencuba Diet Berbeza
Selain aktif bersenam, bintang Thor ini juga membina otot dengan mengambil sumber daging melebihi keperluan harian, seperti yang didedahkan jurulatih peribadinya Luke Zocchi.
Namun ketika menjalani penggambaran Avengers: Endgame, Chris membuat keputusan untuk bereksperimen dengan diet vegan. Walaupun tidak mengamalkannya untuk jangka masa lama kerana terlalu menggemari stik, dia mencuba diet ini termasuk selama lapan minggu dan mampu mengekalkan jisim ototnya yang mantap.
Semasa penggambaran Thor, Zocchi menjelaskan pelakon itu perlu mengambil 4,000 kalori dan 300 gram protein sehari untuk menghasilkan otot memandangkan metabolisme tubuhnya agak tinggi. Kira-kira 30-40% daripada kalori tersebut adalah dalam bentuk protein, manakala selebihnya karbohidrat dan lemak. Jumlah protein yang diambil Chris dalam sehari adalah dua kali ganda jumlah yang disyorkan oleh pakar diet untuk orang biasa.
Justeru untuk melihat sama ada dia mampu mengekalkan otot dengan diet vegan, bapa kepada tiga cahaya mata itu mengambil kuinoa dan kekacang untuk sumber protein, serta mengupah seorang chef yang mahir memasak hidangan vegan. Dia berjaya mengekalkan susuk mantap, namun timbul satu masalah besar iaitu angin berlebihan dalam badan.

Foto: Pinterest
“Pengambilan sayuran yang banyak agak agresif untuk mereka yang baru mengamalkan diet ini, jadi dia sering berulang alik ke tandas,” kata Zocchi.
Chris tidak meneruskan diet vegan kerana perlu mengambil sayuran dalam jumlah yang banyak demi mencapai matlamatnya. Justeru untuk peranan dalam filem Thor: Love and Thunder, dia kembali kepada diet kegemarannya. Rutinnya termasuk mengambil enam hingga sepuluh hidangan kecil sehari yang terdiri daripada protein haiwan seperti ayam, ikan dan daging.
Foto: Marca
Pautan berkaitan: DIET SARAPAN PELIK YANG DIAMALKAN DWAYNE JOHNSON UNTUK TAMPAK SASA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











