RAWAT KULIT KRONIK DENGAN CHEMICAL PEEL HANYA DI DERMALENE MEDISUITE
Kondisi kulit kronik adakala merimaskan bukan! Bukan kaum wanita sahaja, kaum lelaki juga turut berisiko. Yang pasti, kulit kronik melibatkan keadaan kulit yang menyebabkan ia berminyak, kering, bertompok, tona tidak sekata sehingga mencacatkan penampilan individu. Namun, kini sudah banyak rawatan yang disediakan oleh klinik tertentu yang diiktiraf apatah lagi berkesan membantu mereka yang berhadapan dengan masalah ini. Antara rawatan yang kami maksudkan adalah Chemical Peel yang hanya disediakan oleh Dermalene Medisuite yang terletak di Shah Alam. Penulis GL berkesempatan mencuba rawatan yang diberikan, dan ternyata hasilnya cukup memberangsangkan. Selain itu, penulis juga sempat menemubual Dr. Alina Hasni binti Mohamad Said, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif tentang Dermalene.

GLAM Lelaki: Boleh Dr Alina kongsikan serba sedikit tentang Dermalene Medisuite, perkhidmatan yang ditawarkan serta keunikkan berbanding klinik estetika yang lain?
DR ALINA HASNI: Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual dan mencuba sendiri rawatan yang disediakan di sini. Baiklah, Dermalene Medisuite diteraju oleh saya sendiri Dr Alina Hasni (Master Clinical Dermatology Medical School Cardiff University, Uk). Saya merupakan salah seorang panel penasihat untuk Kumpulan Sokongan Ekzema Malaysia. Dermalene beroperasi pada 9 Mei 2017 di Shah Alam. Kami memiliki sebuah lagi cawangan di Kota Bharu yang diteraju oleh Dr Hazeem Hashim. Uniknya Dermalene, kami tidak mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya mengutamakan untuk mendidik rakyat Malaysia agar menjaga kesihatan kulit sebagaimana mereka memelihara organ lain.

Dr Alina Hasni
GLAM Lelaki: Apakah agaknya misi dan visi yang dipegang oleh Dermalene Medisuite?
DR ALINA HASNI: Melihat perubahan kulit wajah pengunjung agar lebih sihat seiring umur adalah visi pasukan di Dermalene.
GLAM Lelaki: Kami diberitahu salah satu rawatan paling mendapat perhatian pengunjung adalah Chemical Peel. Boleh Dr kongsikan serba sedikit tentang rawatan eksklusif ini?
DR ALINA HASNI: Chemical Peel atau pengelupasan antara rawatan paling mendapat tempat di sini kerana hasil rawatan ini dapat dilihat dengan cepat. Jika rawatan dilakukan secara konsisten, hasilnya lebih baik bagi individu yang berdepan dengan masalah kulit kronik. Pengelupasan kulit mungkin membantu kulit wajah kamu pulih seperti sedia kala. Rawatan ini menyebabkan wajah kemerahan tapi jangan risau sekejap saja. Hasilnya? Bergantung kepada masalah kulit & kedalaman pengelupasan. Rawatan ini boleh diulang selepas tempoh 2 minggu. Paling penting, adalah sapuan sunblock bagi memastikan kulit terhindar dari kesan cahaya matahari yang boleh menyebabkan kulit kembali kering.

Sesi konsultansi sebelum rawatan


GLAM Lelaki: Bila bercakap mengenai rawatan estetika, facial dan sebagainya, kaum lelaki agak kurang ke hadapan, mungkin mereka malu mendapatkan rawatan. Apa pandangan peribadi Dr sendiri?
DR ALINA HASNI: Stigma lelaki tidak perlu berhias perlu dibuang segera. Penampilan harus sejajar dengan peningkatan kualiti kesihatan. Memandangkan lelaki memiliki pori kulit lebih besar, penjagaan kulit mereka perlu lebih rapi. Ia penting untuk membina keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai.
GLAM Lelaki: Apa perancangan Dermalene selepas ini?
DR ALINA HASNI: Jika diizinkan, Dermalene akan membuka hub kesihatan kulit bertaraf antarabangsa satu hari nanti dalam usaha memastikan semua orang boleh mendapatkan kulit yang sihat dan bersih.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 29 Januari 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.












