Skip to content

RUTIN GROOMING LELAKI 2025: LEBIH DARIPADA ‘CUKUR & SIKAT’

RUTIN GROOMING LELAKI 2025: LEBIH DARIPADA ‘CUKUR & SIKAT’

Kongsikan artikel ini

Di tahun 2025 ini, rutin grooming lelaki telah berubah lebih mendalam dan terbuka buat lelaki-lelaki moden kini. 

Dalam dunia lelaki moden, rutin penjagaan diri bukan lagi sekadar “cuci muka dan sapu gel rambut”. Trend yang semakin mencuri perhatian dalam dunia penjagaan diri lelaki kini dikenali sebagai functional grooming. Ia merupakan pendekatan yang menekankan keberkesanan dan kepraktisan dalam setiap langkah penjagaan diri. Jika dahulu, lelaki cenderung mencari produk yang menjanjikan rupa menarik semata-mata, kini mereka lebih bijak. Mereka mencari produk yang benar-benar berfungsi, cepat menyerap, dan memberi hasil profesional tanpa membazir masa.

rutin grooming lelaki 2025

Kini, semakin ramai lelaki Asia melihat penjagaan diri sebagai satu bentuk keyakinan, bukan kelembutan. Ia selari dengan trend global di mana grooming dianggap sebahagian daripada personal branding. Lelaki moden, sama ada pelakon, atlet, atau profesional mahu tampil kemas dari pagi ke malam, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Rutin grooming lelaki 2025 kali ini bukanlah sekadar cukur dan sikat, malah penjagaan kulit yang sempurna.

Rutin Functional Yang Berkesan

Konsep ini tidak memerlukan langkah yang rumit atau produk yang mahal. Cukup dengan empat asas penting:

  1. Pembersih muka ringan – menyingkir minyak tanpa mengeringkan kulit.

  2. Pelembap – berfungsi sebagai pelembap dan pelindung ringan.

  3. Serum – menambah seri wajah dan memulihkan kulit selepas seharian.

  4. Pelindung matahari (SPF) – langkah paling penting, terutama di Malaysia.

rutin grooming lelaki 2025

Cuaca tropika menyebabkan kulit lelaki Malaysia mudah berminyak dan berjerawat. Pilih produk bertekstur ringan dan bebas minyak, dengan bahan seperti niacinamide atau teh hijau untuk menenangkan kulit. Sebagai contoh, pelakon atau model biasanya memulakan hari dengan rutin pagi yang segar. Pembersih, serum dan SPF sebelum penggambaran. Kemudian, rutin malam yang memulihkan kulit selepas aktiviti panjang. Rutin ini tidak hanya menjaga penampilan, tetapi juga memanjangkan jangka hayat kulit sihat walau sering terdedah kepada lampu studio, peluh, dan tekanan kerja.

Ramai lelaki mula menukar produk yang “sekadar wangi” kepada yang lebih berfungsi. Contohnya, menukar sabun badan biasa kepada body wash pH-seimbang, atau gel rambut kepada styling cream yang juga melindungi rambut daripada panas. Perubahan kecil ini memberi kesan besar. Bukan sekadar pada kulit, tapi pada rasa yakin setiap kali melangkah keluar rumah.

Functional grooming bukan sekadar trend sementara. Ia satu evolusi gaya hidup lelaki moden. Ia menekankan fungsi, keselesaan dan keyakinan dalam setiap langkah. Di tahun 2025, lelaki tidak perlukan terlalu banyak produk. Cukup yang ringkas, berfungsi, dan buat kerja dengan baik. Kerana itu rahsia sebenar gaya maskulin moden.

Pautan berkaitan: TIGA HARUMAN BAHARU SETIAP LELAKI MESTI MILIKI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIGA HARUMAN BAHARU SETIAP LELAKI MESTI MILIKI

Bacaan Lanjut
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
kulit berjerawat

KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI

Bacaan Lanjut

COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS

Bacaan Lanjut
lelaki kulit kusam

5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
lelaki berbulu

6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU

Bacaan Lanjut