RUTIN SENAMAN KEGEL MENGUATKAN ‘SENJATA’ LELAKI
Manfaat Senaman Kegel
Kesan terhadap fungsi seksual lelaki sebenarnya dipengaruhi oleh kekuatan kawasan otot pelvik yang memberi sokongan kepada pundi kencing dan usus anda. Jika anda berjaya menjaga atau melakukan senaman kegel ini dengan baik nescaya dapat meningkatkan kesihatan seksual anda.
Jika diperhalusi teknik senaman kegel ini, ia bukanlah sesuatu yang sukar dan membebankan bahkan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Antara punca otot pelvik yang lemah adalah pembedahan membuang prostat, kencing manis serta pundi kencing yang terlalu aktif. Oleh yang demikian, dengan menguatkan otot pelvik melalui senaman kegel, anda juga boleh mengurangkan isu kencing tidak lawas.
Belajar Teknik Melakukan Senaman Kegel
Tentukan Kedudukan Otot Dengan Tepat
Untuk mengenalpasti dasar otot pelvik anda, hentikan proses membuang air kecil pada bahagian tengah zakar anda atau ketatkan bahagian segala cecair keluar dengan cara yang hampir sama seperti mengemut.
Apabila anda telah dapat mengenalpastinya, anda boleh melakukan senaman ini dari sebarang posisi walaupun anda akan rasa posisi yang paling mudah adalah ketika anda melakukannya sewaktu berbaring.
Mulakan Teknik Kegel Seterusnya
Ketatkan bahagian dasar otot pelvik anda dan tahan kemutan tersebut untuk tempoh 3 saat dan kemudian lepaskan untuk 3 saat berikutnya. Lakukan teknik ini beberapa kali secara berturut-turut.
Apabila merasakan otot anda semakin kuat, cuba lakukan senaman kegel ini dalam posisi duduk, berdiri mahupun berjalan. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, fokus pada mengetatkan hanya bahagian dasar otot pelvik anda sahaja.
Pastikan anda tidak melenturkan otot pada bahagian abdomen, paha atau punggung anda serta elakkan daripada menahan nafas sebaliknya bernafas seperti biasa.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUSU MENTAH: REALITI TREND ‘NATURAL’ UNTUK LELAKI MODEN
Dalam era kesihatan dan gaya hidup berasaskan semula jadi, susu mentah kembali menjadi topik khususnya di kalangan lelaki moden.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
BURN ON YOUR RAYA BELLY SELEPAS MUSIM PERAYAAN
Musim perayaan memang sering menggugat rutin kecergasan, walaupun bagi pelari tegar. GLAM LELAKI berkongsi tip memastikan anda kekal aktif.
LELAKI JANGAN GELOJOH, HANGATKAN SESI INTIMASIMU
Wahai LELAKI jika anda beranggapan bahawa seks adalah semudah memasukkan D anda, mengepam beberapa kali, dan secara ajaib membawa anda dan pasangan anda mencapai orgasme dalam masa beberapa saat, GLAM Lelaki tidak salahkan anda. Idea ini telah diteruskan oleh filem orang dewasa yang menggambarkan seks sebagai perbuatan tergesa-gesa dengan mengabaikan warm up. Sudah tentu anda…
JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!
Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat jangkitan kulat.
ANDA MENGALAMI SAKIT TULANG BELAKANG? CUBA TIGA SENAMAN INI
Duduk terlalu lama menyebabkan ketidakseimbangan pada tulang belakang. Tanpa pergerakan mencukupi, ia boleh mengalami tekanan. Ada beberapa senaman tepat untuk merawatnya.