RUTIN SENAMAN KEGEL MENGUATKAN ‘SENJATA’ LELAKI
Manfaat Senaman Kegel
Kesan terhadap fungsi seksual lelaki sebenarnya dipengaruhi oleh kekuatan kawasan otot pelvik yang memberi sokongan kepada pundi kencing dan usus anda. Jika anda berjaya menjaga atau melakukan senaman kegel ini dengan baik nescaya dapat meningkatkan kesihatan seksual anda.
Jika diperhalusi teknik senaman kegel ini, ia bukanlah sesuatu yang sukar dan membebankan bahkan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Antara punca otot pelvik yang lemah adalah pembedahan membuang prostat, kencing manis serta pundi kencing yang terlalu aktif. Oleh yang demikian, dengan menguatkan otot pelvik melalui senaman kegel, anda juga boleh mengurangkan isu kencing tidak lawas.
Belajar Teknik Melakukan Senaman Kegel
Tentukan Kedudukan Otot Dengan Tepat
Untuk mengenalpasti dasar otot pelvik anda, hentikan proses membuang air kecil pada bahagian tengah zakar anda atau ketatkan bahagian segala cecair keluar dengan cara yang hampir sama seperti mengemut.
Apabila anda telah dapat mengenalpastinya, anda boleh melakukan senaman ini dari sebarang posisi walaupun anda akan rasa posisi yang paling mudah adalah ketika anda melakukannya sewaktu berbaring.
Mulakan Teknik Kegel Seterusnya
Ketatkan bahagian dasar otot pelvik anda dan tahan kemutan tersebut untuk tempoh 3 saat dan kemudian lepaskan untuk 3 saat berikutnya. Lakukan teknik ini beberapa kali secara berturut-turut.
Apabila merasakan otot anda semakin kuat, cuba lakukan senaman kegel ini dalam posisi duduk, berdiri mahupun berjalan. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, fokus pada mengetatkan hanya bahagian dasar otot pelvik anda sahaja.
Pastikan anda tidak melenturkan otot pada bahagian abdomen, paha atau punggung anda serta elakkan daripada menahan nafas sebaliknya bernafas seperti biasa.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU TAHU
Mati pucuk adalah antara punca kenapa kaum Adam berasa lemah dan kurang keyakinan diri ketika ingin melakukan hubungan intim bersama pasangan.
AWAS! PENYAKIT JANTUNG TIDAK LAGI MENGIRA FAKTOR USIA, KECERGASAN DAN BERAT BADAN
Penyakit jantung kekal sebagai pembunuh nombor satu di Malaysia berdasarkan sumber Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019.
POTONG STIM MULUT BERBAU! INI TIP PENCEGAHANNYA
Alamak muka kacak, nampak macam segak tetapi mulut berbau pula. Fail betul! Jadi, usah biarkan masalah bau mulut bermaharajalela kerana takut membuatkan orang disekeliling anda mula tidak selesa dan lama kelamaan menjauhi anda. GLAM Lelaki kongsikan cara untuk atasinya dengan segera dan mudah.
MASIH SINGLE? 7 APLIKASI CARI JODOH SELAIN TINDER
Tiada masa! Sering terjadi kepada lelaki berkerjaya kerana kesibukan kerja menyekang mereka untuk mencari jodoh. 7 aplikasi cari jodoh perlu anda tahu di Malaysia
NICK CARTER DISAMAN EMPAT WANITA ATAS TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL
Belum sebulan meratapi pemergian adiknya Aaron Carter, Nick Carter diuji pula dengan tuduhan berat yang boleh menjejaskan kerjayanya sebagai penyanyi.
ATASI KELETIHAN DENGAN 6 GAYA HIDUP SIHAT INI
Amalan gaya hidup sihat semestinya dapat menangani keletihan yang membelenggu diri. Jadi, biasakan untuk melakukan amalan yang sihat ini.