SEBELUM FRENCH KISS, SEMAK GIGI DAHULU
GIGI BERSIH DAN PUTIH BERSERI ADALAH BONUS UTAMA UNTUK MILIKI SENYUMAN MANIS. SEBELUM FRENCH KISS, SEMAK GIGI DENGAN RAWATAN AIRFLOW SPA ULTRA-COMFORT.
Lelaki zaman kini juga mementingkan kecantikan secara menyeluruh. Selain daripada potongan rambut yang kemas atau kasut yang lebih “fresh”, senyuman dengan gigi yang putih berseri juga tidak terkecuali. Pembersihan gigi telah berkembang menjadi satu fenomena yang lebih luar biasa. Seperti servis terbaru yang tersedia daripada Blanc Dental, iaitu rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort. Rawatan ini bukan sahaja membersihkan, tetapi menggilap permukaan gigi, serta mengikis plak (biofilm) dan kalkulus yang ada pada gigi.
Airflow Spa Ultra-Comfort ini menggabungkan Airflow Prophylaxis Master, inovasi terkini yang ada dalam industri pergigian. Dengan gabungan hebat penahan mulut OpraGate dan berus gigi Curaprox (Swiss Premium Oral Care), rawatan ini menjanjikan gigi yang lebih putih dan bersih, tidak menyakitkan, penyesuaian mengikut individu, masa rawatan yang lebih pendek, maklumat untuk penjagaan mulut, serta penahan mulut yang mampu membuat anda lebih relaks dan selesa untuk membuka mulut dengan mudah. Konsep yang mengubah permainan dan prosedur klinikal Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) ini eksklusif hanya di Klinik Pergigian Blanc Dental, dan merupakan yang pertama di Malaysia.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU RAYA DATO’ SRI SITI NURHALIZA YANG EVERGREEN
Setiap tahun, nyanyian merdu lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza akan sentiasa kedengaran setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba.
GL RAYA 2026: COACH SAMBUT MUSIM RAYA DENGAN KOLEKSI IKONIK
Coach hadir dengan koleksi penuh ikonik dan fesyen, istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang bulan ini.
RUANG RAYA M SOCIAL: DESTINASI HUJUNG MINGGU PALING NOSTALGIK DI PULAU PINANG MUSIM INI
Pasar hujung minggu Ruang Raya M Social tawarkan fesyen, budaya, Bubur Lambuk dan bufet berbuka di M Social Resort Penang.
MAKANAN BAZAR RAMADHAN PILIHAN GLAM LELAKI
Istimewa sempena bulan Ramadhan, GL Team berkongsi makanan-makanan di bazar ramadhan yang menjadi pilihan kami.
DESTINASI RASA STAY PACKAGE DI LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA: STAYCATION RAMADAN DENGAN SAJIAN TRADISI
Le Méridien Putrajaya hadir dengan Destinasi Rasa Stay Package, pengalaman Ramadan lengkap dengan penginapan, bufet iftar dan sahur.
FILEM UNTUK DITONTON SEPANJANG CUTI RAYA BERSAMA KELUARGA
Cuti Hari Raya tahun ini boleh diisi dengan menonton filem-filem yang memberi nostalgia bersama keluarga di rumah.











