SETAHUN BEREHAT DARI INDUSTRI MUZIK, ED SHEERAN RAIH RM380 JUTA
Sudah satu tahun Ed Sheeran berehat daripada industri muzik dan media sosial, sejak Disember 2019. Hanya selepas sembilan bulan dia muncul kembali di Instagram, sekadar untuk memaklumkan bahawa dia selamat menimang cahaya mata pertama dan kini bergelar bapa.
Namun dalam masa dia berehat dan tidak aktif dalam kerjaya seni, Ed Sheeran tetap memperoleh pendapatan yang sangat tinggi. Menurut The Sun, dia meraih kira-kira RM380 juta sepanjang tahun lalu melalui syarikatnya, Nathan Cable Touring.
Itu tidak termasuk keuntungan yang diterimanya iaitu sekitar RM260 juta. Bermakna, secara purata dia memperoleh RM1 juta setiap hari!
Dia dijangka akan mengatasi kekayaan yang dimiliki nama-nama hebat dalam industri muzik seperti pemain dram Beatles, Ringo Starr dan pemain gitar The Rolling Stones, Keith Richards. Semua ini diperolehinya dalam masa setahun dia berehat.

Foto: Getty Images
Awal tahun ini, Ed Sheeran disenaraikan sebagai salah seorang pemuzik paling kaya dengan pendapatan RM1,000 juta. Kekayaan ini turut diperolehi daripada konsert jelajah dua tahun, Divide yang berjaya memecah rekod dan menjadi konsert yang mengumpul pendapatan tertinggi iaitu RM4,000 juta untuk 258 persembahan.
Genap 12 bulan berehat, Ed Sheeran membuat kejutan dengan berkongsi “hadiah Krismas” iaitu lagu terbaharunya, Afterglow khas buat peminat yang merinduinya.
Dia menulis dalam satu hantaran di Instagram dua minggu lalu, “Hai semua. Saya menulis lagu Afterglow tahun lalu untuk didengarkan kepada anda semua. Ini bukanlah lagu pertama untuk album seterusnya, ia sekadar lagu yang saya suka, dan saya berharap anda juga menyukainya. Nikmatinya! Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru.”
Foto: Ollie Millington/Getty Images
Baca: SELEBRITI LELAKI YANG TERSENARAI DALAM GUINNESS WORLD RECORD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JASON DERULO AMBIL ALIH KERUSI KEITH URBAN DALAM THE VOICE AUSTRALIA
Penyanyi-penulis lagu, Jason Derulo bakal menghangatkan The Voice Australia musim ke-12 dengan bakat dan pengalaman luar biasanya dalam bidang muzik.
PERUBAHAN WAJAH LIAM PAYNE MEMBIMBANGKAN, PAKAR BEDAH PLASTIK BERI REAKSI
Liam Payne muncul di majlis pelancaran dokumentari All Of Those Voices dengan penampilan wajah yang amat berbeza berbanding sebelum ini.
HARRY STYLES DIDAKWA BERCINTA DENGAN PEMPENGARUH FESYEN AUSTRALIA
Baru empat bulan mengakhiri perhubungan dengan Olivia Wilde, Harry Styles dilaporkan telah pun menemui cinta baru.
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
CINTA SHAWN MENDES BERALIH ARAH KEPADA WANITA MUDA
Shawn Mendes dirakam meluangkan masa dengan aktres berumur 23 tahun tidak lama selepas berita percintaannya dengan wanita berusia lima dekad menjadi tular.
ADELE & RICH PAUL BAKAL DISATUKAN PADA MUSIM PANAS INI?
Berita pertunangan Adele kembali hangat diperkatakan apabila sebentuk cincin bertatah berlian mewah dilihat tersemat di jari manisnya.