SEMBURAN ALAM SEMESTA HERMÈS
Jelajahi dunia mewah Hermès, penuh gaya, berderia penuh, dengan wangian moden terbaru H24 – melengkapi citarasa lelaki alpha zaman ini.
Pemilihan aroma merupakan satu langkah yang bersifat peribadi dalam dunia wangian. Tidak ada formula yang sama atau bahan yang tetap untuk kesesuaian semua. Tetapi apa yang pasti adalah beberapa perkara yang sentiasa berada di minda, wangian mampu bergema dan mengimbas semula kenangan atau membangkitkan emosi dan perasaan tertentu. Mungkin sebahagian besar lelaki menghabiskan masa dalam memilih pakaian, kasut yang lebih fresh, atau kereta dan jam tangan. Tanpa tidak disedari, beberapa semburan wangian merupakan salah satu elemen yang melengkapi persiapan seorang lelaki untuk kelihatan lebih menarik dan bersedia.
Alam semesta mungkin menawarkan beberapa elemen atau variasi yang tidak terhingga buat lelaki. Dengan inspirasi, peranan dan perwatakan yang lebih kuat dan berani, pelbagai kemungkinan yang mampu memukau dan dijelajahi. Terbaru dari Hermès, wangian H24 tampil dengan sifat genius dalam melawan arus, dan penuh kegembiraan. Direka khas oleh perfumer Hermès, Christine Nagel – “Untuk mencipta wangian khas Hermès ini, saya terpaksa membuka jalan lain yang agak sukar untuk di ramal, demi mendalami wangian konvensional dari aroma lelaki.”
Didatangkan daripada realisasi di atas pentas pertunjukan fesyen Hermès, wangian Eau de Toilette untuk lelaki ini dihasilkan atas tanda karya artistik yang dapat di sentuh, di lihat, dan di alami di hadapan mata. Semuanya bermula dengan aroma botani romantik, ciptaan Hermès H24 amat unik menerbangkan minda ke taman yang luas, dipenuhi dengan rumput nan menghijau, disinari terik mentari, dan hembusan bayu menyelimuti kulit dengan intipati rosewood, bunga mawar diambil dari pokok liar di Amerika Selatan. Kemudian diselubungi lengkap dengan keharmonian nota aromatik alternatif kayu. Variasi ini lebih sensual dengan kesegaran botani yang sederhana dan semula jadi, yang dibungkus lengkap dalam botol kaca menarik – dengan siluet langsing, membentang ke arah langit seluas alam semesta. Wangian ini sesuai buat lelaki moden yang suka akan aroma segar, sensual, dan bercahaya dengan personaliti yang lebih santai, menyatukan gaya lelaki tanpa batasan.
Artikel berkaitan 5 HARUMAN BUAT WANITA TERANGSANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024
GLAM Lelaki memperkenalkan sandal lelaki terbaik untuk penampilan yang santai dan gaya dalam setiap langkah.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.