SET PERAPIAN MULUS DIRI EKSKLUSIF DARI TRUEFITT & HILL
Sejak berabad lamanya, Truefitt & Hill diiktiraf sebagai salun perapian dan pembikin wangian terbaik untuk para jejaka di London. Menyediakan mereka hanya yang terbaik dalam perkhidmatan dandanan dan produk mulus diri, sekaligus menyerlahkan sisi terbaik seorang lelaki budiman. Ditubuhkan sejak tahun 1805, Truefitt & Hill kekal sebagai salun gunting rambut tertua seperti yang tercatat di dalam Guinness Book Of Records.
Dan hari ini, jenama antarabangsa terkenal ini memperkenalkan produk perapian diri lelaki terbaik hasil dari penyelidikan berusia 209 tahun serta asas perhubungan rapat bersama pelanggan. Malahan, pengetahuan dan pengalaman berkaitan keperluan lelaki masa kini yang melewati ketiga unsur moden, kualiti dan praktikal, Truefitt & Hill percaya lelaki sewajarnya berhak mendapatkan yang terbaik dalam apa saja yang dilakukan, termasuk dalam konteks perapian diri.
RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT
Truefitt & Hill memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut terbaru untuk lelaki moden, disasarkan bagi menggalakkan kulit kepala serta rambut yang sihat dengan usaha minima. Ia juga bersesuaian untuk semua jenis rambut kerana ia mengandungi agen pelembab yang terbukti berkesan. Ia merangkumi teknik formulasi produk terkini menggunakan bahan-bahan tradisional seperti minyak kastor, minyak sitrus peel dan bergamot yang disokong dengan campuran minyak pati terpilih. Gabungan kepelbagaian bahan dalam julat tertentu ini membantu mencergaskan kulit kepala, mengurangkan kerengsaan kulit kepala serta keradangan manakala minyak pati membantu untuk melembapkan dan menggayakan rambut.
Rangkaian set eksklusif ini terdiri daripada C.A.R. Cream, C.A.R. Lotion, Tonic Lotion Special, Limnol, Monte Carlo with Oil, Eau de Portugal, Athenian Water dan Freshman Friction. Set ini didatangkan dengan dalam botol 200ml dan dijual pada harga RM180 setiap satu (termasuk GST).
SYAMPU KELAPA
TrueFitt & Hill juga turut memperkenalkan syampu kelapa eksklusif yang dicipta khas sebagai edisi tambahan kepada rangakaian produk rambut popular jenama ini. Syampu mewah berkrim dan berkhasiat ini diselitkan dengan kebaikan komponen semulajadi yang diperolehi daripada minyak kelapa yang terkenal dengan kebaikan dalam menggalakkan pertumbuhan dan membantu mengekalkan rambut yang sihat berabad lamanya. Selain itu, minyak kelapa kaya dengan vitamin dan kandungan mineral manakala asid lemak semulajadinya menyuburkan kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut. The Truefitt & Hill Coconut Shampoo hadir dengan 365 ml dan boleh didapati dengan harga RM145 (termasuk GST).
WANGIAN APSLEY
Apsley – wangian menawan baharu dari Truefitt & Hill sesuai buat lelaki yang ingin meluahkan keperibadian unggul mereka dengan rasa semula jadi yang moden dan sensasi. Haruman tersendiri dan menawan ini dicipta bagi meraikan semangat lelaki dalam menjadi inspirasi kepada mereka di luar untuk mencapai apa sahaja yang diimpikan. Mengambil salah satu dari pelanggan tetap sebagai inspirasi, Duke of Wellington, salah satu daripada anak lelaki dari kerabat England yang terhormat, namanya menjadi imej dalam nilai kemodenan, keberanian serta tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022
Summer holiday! Gaya kembara lebih hangat dengan padanan koleksi La Vacanza 2022 citra Versace.
BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Elemen kejutan, intipatinya di luar jangkaan. BLEU DE CHANEL Eau de Parfum aromanya memikat jiwa penuh aromatik dalam tiga dimensi.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
THE BEST BARBERS IN KL
Miliki penampilan menarik disebalik potongan rambut yang kemas adalah esensi utama lelaki. GL bariskan The Best Barbershops sekitar Kuala Lumpur dengan harga berpatutan.
SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
Garapan stail retro ‘70-an membentuk keseluruhan koleksi kapsul Michael Kors bersama jenama sukan Ellesse. Bakal bertemu peminat fesyen pada penghujung Mei nanti.