ROTARI JAM KEHITAMAN IDEAL BUAT JEJAKA
Barisan rotari utas jam tangan berwarna hitam ini memiliki keunikkannya serta magisnya tersendiri. Buat jejaka yang menyarung, masa pasti seakan terhenti apabila anda melangkah masuk.
1. MERAH BERANI
Ia elegan, case yang menarik dilindungi baldu matte pada dial hitam, berpusatkan kaunter minit pada jam 10 dan kaunter saat yang disusun semula pada jam 4 mempersembahkan sesuatu yang berbeza. Beberapa sentuhan merah – di kaunter saat dan pada tali seakan ingin menekankan kemewahan pada jam tangan. Belluna Heures & Minutes Décentrées telah direka untuk member impak yang berkekalan.
2. KEAGUNGAN THE URUSHI DIAL
Dial telah dibikin di dalam studio master dalam ketukangan Issu Tamura di Kanazawa di sebelah Barat Honshu, pulau utama di Jepun. Seiko menggunakan seni lama Urushi bagi mencipta lakuer berwarna hitam. Model automatik ini turut dikontrakan bezel perak matte dan dial hitam.
3. TERNYATA MAGIS
Apabila Hublot mencipta semula keajaiban seutas jam tangan transparensi maka terjadilah Hublot Big Bang Unico Magic Sapphire. Jam ikonik ini lutsinar pada bezel dan case berdiameter 45mm dengan kristal nilam yang digilap. Crown dan push piece -nya daripada titanium yang kemasan satin. Ia kalis air hingga 5ATM atau 50 meter. Manakala dial hitam matte, skeleton pada rizab kuasa 72 jam. Turut tersedia tetingkap tarikh pada kedudukan 3.
Oleh Editorial GLAM Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.













