TAKE IT OUTSIDE
Jun 2016
BIASANYA KITA BERLATIH DALAM RUANGAN BERSAMA PERALATAN. KALAU MAHU MENCUBA SENSASI OUTDOOR, CUBA SAJA DI TAMAN REKREASI TERDEKAT, BERTEMANKAN UDARA SEGAR YANG BAGUS BUAT JANTUNG KITA
Arahan Seni, Teks & Penyelaras: Sufian Sapari
Gambar: Raisa Azzam
Grooming: Lily Othman
Model: Matin Fayzal
Lokasi: Fuel Athletics, Pusat Komuniti Damansara
Pakaian: Lululemon Malaysia
Satu cara yang baik untuk pecahkan lemak adalah bersenam di luar rumah, di mana terdapat banyak ruang untuk pecut, dapat membuat lontaran lebih jauh dengan tonjolkan sedikit sisi atlet dalam diri anda.
Disekelilingi kawasan hutan hijau dapat membantu kita menghirup udara segar selain dapat khasiat mentari pagi atau petang.

Running High Knees
Larian lutut tinggi boleh dilakukan semasa berjalan dan berdiri setempat. Arahkan lutut ke dada anda, lakukan secara perlahan hingga laju semasa memanaskan badan. Lakukan senaman ini untuk amaun yang ditetapkan masa atau dari jarak tertentu. Bagaimana mahu mengetahui ia betul? Pastikan kedudukan buku lali melebihi lutut sebelah kaki.
Lakukan 30 saat, maka ulangi hingga satu set yang meletihkan.

The Hill Sprint Workout
Berlari memanjat bukit adalah senaman metabolik membakar sejumlah besar kalori dalam masa singkat. Pecutan mendaki meningkatkan teknik larian, kelajuan dan daya tahan.
Cara
12 pecutan bukit
Pecutan 1-4: 50% usaha
Pecutan 5-8: 75% usaha
Pecutan 9-12: 90-100% usaha
Cooldown
5-20 minit larian anak

Pistol Squat
Latihan bawah badan, Pistol Squat membina mobiliti, kestabilan dan kekuatan. Senaman ini memerlukan kekukuhan buku lali agar lutut dapat ditonjolkan selari ke hadapan. Guna sokongan tangan untuk memegang tapak kaki atau sebagai permulaan jadikan tangan sebagai bantuan imbangan.

Run Up & Down Stairs
Berlari naik-turun tangga satu senaman untuk menghilangkan lemak perut. Kalori terbuang lebih berbanding berbasikal atau jogging. Memanjat dan turun tangga boleh jadi aktiviti paling mencabar, ia meningkatkan tahap kardiovaskular dan menurunkan berat badan.
Lakukan 3 kali sehari selama 20 minit setiap set turun dan naik tangga.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











