Skip to content

THE BODY SHOP “WRAPPED IN LOVE”, HADIAH YANG PENUH MAKNA PADA MUSIM PERAYAAN INI

Kongsikan artikel ini

Musim perayaan ini, The Body Shop mengajak semua untuk meraikan nya dengan lebih bermakna melalui kempen terbaharu mereka, “Wrapped in Love: Gifts for Good.” Lebih daripada sekadar himpunan hadiah, koleksi kali ini menampilkan mesej tentang kasih sayang, komuniti, dan tanggungjawab sosial. Nilai yang telah menjadi tunjang utama jenama ini selama hampir lima dekad.

HADIAH DAN SUMBANGAN 

Di sebalik setiap pembelian, The Body Shop mengukuhkan misinya sebagai perniagaan yang menjadi “kuasa untuk kebaikan.” Di Malaysia, setiap perbelanjaan RM100 akan menyumbang RM1 kepada tiga pertubuhan tempatan iaitu Tenaganita, Yayasan Chow Kit, dan Hopes Malaysia. Melalui inisiatif ini, pelanggan bukan sahaja berkongsi kegembiraan musim perayaan, tetapi turut membantu melindungi wanita dan memperkasakan komuniti luar bandar, serta menyediakan pendidikan dan tempat perlindungan untuk kanak-kanak yang memerlukan.

AROMA EDISI TERHAD UNTUK DETIK BERHARGA

Tahun ini, The Body Shop memperkenalkan tiga haruman baharu yang diinspirasikan oleh kehangatan dan keceriaan musim perayaan:

  • Caramel Cuddle – gabungan manis karamel, vanila dan badam panggang yang menghadirkan rasa nyaman dan tenang.

  • Cranberry Crush – campuran kranberi beku, oren darah dan daun pudina untuk aroma segar yang membangkitkan semangat.

  • Sugarplum Passion – sentuhan buah plum, raspberi dan bunga magnolia yang menggoda dan menyeronokkan.

Setiap koleksi hadir dalam variasi body butter, body yogurt, shower gel, mist dan hand balm.  Sekali gus menjadikan ritual penjagaan diri sebagai satu bentuk kasih sayang terhadap diri sendiri.

GIFT COLLECTION 2025

Koleksi hadiah tahun ini merupakan yang terbesar pernah diperkenalkan oleh The Body Shop. Setiap hadiah dipilih khas untuk memberi lebih daripada sekadar kegembiraan. Ia menyampaikan mesej tentang masa depan yang inklusif dan lestari. Selaras dengan falsafah jenama The Body Shop yang memperkasakan komuniti dan memelihara alam sekitar.

Sebagai tanda penghargaan, pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas akan menerima Limited-Edition Holiday Scarf eksklusif. Direka dengan simbol kasih dan kreativiti. Skarf satin ini boleh digunakan semula sebagai furoshiki wrapping atau aksesori penggayaan.

“Wrapped in Love: Gifts for Good” bukan sekadar kempen musim perayaan . Ia satu gerakan kecil yang mengingatkan kita tentang kuasa memberi, kasih sayang, dan tanggungjawab sosial. Dengan gabungan aroma hangat, reka bentuk mesra alam, dan misi kemanusiaan yang jelas, The Body Shop terus membuktikan bahawa kecantikan sejati datang daripada hati yang ikhlas untuk memberi.

Artikel Berkaitan: KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI

6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI

Bacaan Lanjut
KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

Bacaan Lanjut
JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

Bacaan Lanjut

AMIR HAIQAL SEORANG TIMBALAN PENDAKWA RAYA DENGAN PENDEKATAN GAYA HIDUP SIHAT

Bacaan Lanjut

JO MALONE LONDON SAMBUT MUSIM PERAYAAN DENGAN GAYA BRITISH

Bacaan Lanjut

DETIK BERGAYA LONGINES MENYAMBUT MUSIM PERAYAAN DENGAN SENTUHAN ABADI

Bacaan Lanjut