Skip to content

Asas Solekan

TOP 5 ASAS SOLEKAN UNTUK LELAKI PILIHAN GL

Kongsikan artikel ini

Lelaki sudah semakin selesa bersolek. Ia tidak lagi dianggap tabu dalam komuniti moden. Berias kini jadi milik semua. Melihat lelaki mengoles muka mereka dengan sahap noda, bedak asas atau tinted moisturizer sudah jadi pemandangan biasa. Penerimaan ini saya fikir ada kena-mengena dengan kesan fenomena selebriti Korea yang mana mereka sering dilihat ‘jambu’, wajah yang mulus dan kening dirias kemas. 

GLAM LELAKI bariskan lima pilihan asas solekan, dari concealer ke bedak asas yang boleh anda cuba. Ingat, pilih warna yang tepat. Triknya, sapu sedikit pada rahang wajah dan pilih warna yang sangat dekat dengan ton kulit anda. Anda boleh gunakan span, berus atau jika sudah mahir, guna jari pun boleh. 

Asas Solekan

Boy De Chanel Foundation

Pilihan buat lelaki yang sofistikated. Bedak asas dalam jenis cecair dari Chanel ini mencipta asas solekan yang mulus dan teksturnya sangat ringan. Mengolesnya apda wajah bagaikan tidak menyapu apa-apa. Ia mencipta hasil solekan asas yang pusam dan rata, selain itu ia juga tahan lama. Ia mengandungi partikel halus yang membuatkan wajah lebih mulus. Ia juga mempunyai SPF 25 PA++ sebagai perlindungan buat kulit dari tekanan persekitaran. 

Asas Solekan

 

Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Concealer

Jika tidak selesa menyalut wajah dengan bedak asas, sahap noda atau concealer adalah opsyen terbaik. Hanya perlu calit sikit-sikit pada bahagian yang ingin anda enhance. Misalnya pada bahagian bawah mata untuk mengaburi sembap mata atau lingkaran gelap bawah mata, atau ingin mengaburi jerawat mahupun parut. Sahap noda ini antara yang digemari, selain teksturnya yang ringan (Rihanna approved) ia juga barisan warna yang sangat banyak, ada 50 semuanya, pasti ada satu yang berpadanan dengan ton kulit anda. Concealer ini juga kalis peluh, jadi ia memang tahan lama, sesuai dengan cuaca negara kita. 

Asas Solekan

Laura Mercier Tinted Moisturizer Oil Free Natural Skin Perfector SPF 20

Bagi efek gaya no-makeup-makeup, ini produk paling mudah untuk anda dapatkan hasilnya. Pelembap dengan sedikit efek warna ini sekadar untuk enhance kulit anda. Tidak terlalu tebal teksturnya membuatkan kulit berasa selesa. Laura Mercier menyatukan manfaat penjagaan kulit dan efek solekan dalam tiub ini, memberi hasil solekan samar-samar dan sedikit litupan untuk penampilan kulit yang lebih mulus. Ia juga mengandungi SPF20 sebagai pelindung kulit dari sinar UV. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak. 

Maybelline Fit Me Matte & Poreless

Jika mahu pilihan yang bagus dengan harga mesra dompet anda, ini pilihannya. Bedak asas ini adalah bedak asas terlaris di Malaysia. Ia hadir dengan 25 warna sesuai dengan ton kulit orang kita yang pelbagai. Bedak asas cecair ini sesuai untuk semua jenis kulit, dari yang normal hingga ke yang mudah berminyak. Ia mempunya formula khas micro-powders yang mengawal kulit dari berminyak. Hasilnya kulit tampil natural (jika anda pilih ton yang tepat). 

Asas Solekan

NARS Pure Radiant Tinted Moisturizer SPF 30

Lagi satu tinted moisturizer yang boleh anda jadikan pilihan, dan ini juga antara yang tersohor di kalangan beauty junkie. Pelembap dengan ton-ton yang disesuaikan dengan warna kulit ini bertekstur ringan, sangat sesuai jika anda yang mahukan rasa ringan, kulit terasa bebas bagaikan tidak memakai apa-apa di muka. Ada SPF 30 di dalamnya. 

 

Baca: 10 HARUMAN KLASIK DAN IKONIK BUAT LELAKI

 

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut

BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?

Bacaan Lanjut