10 GAYA PELAKON WONKA DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Filem prekuel yang ditunggu-tunggu, Wonka bakal menghiburkan penonton di Malaysia beberapa hari lagi.
Bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Disember, ia mengikuti perjalanan Wonka mencari biji koko, berkawan dengan seorang gadis yatim piatu dan memasang impian memiliki kedai coklat sendiri.
Beberapa hari lalu barisan pelakon filem ini menyerikan karpet merah tayangan perdana yang berlangsung di Royal Festive Hall, London.
Lihat pilihan gaya barisan bintang filem Wonka yang mencuri perhatian lensa kamera
Timothee Chalamet dilihat kekal dalam karakternya sebagai teraju utama Willy Wonka dengan menyarung sut baldu merah jambu rekaan Tom Ford. Rantai berinspirasikan gula-gula rekaan Cartier melengkapkan penampilannya.
Olivia Colman yang diberi tanggungjawab menggalas peranan Mrs Scrubbit tampil anggun dalam gaun labuh serba hitam yang hadir bersama mantel jarang.
Memainkan watak Oompa-Loompa bernama Lofty, Hugh Grant muncul di karpet merah dalam sut hitam klasik di samping isterinya, Anna Elisabet Eberstein.
Bintang The Crown, Imelda Staunton menghadiri tayangan perdana Wonka untuk memberi sokongan kepada suaminya, Jim Carter. Aktor Downtown Abbey yang memegang peranan sebagai Abacus Crunch itu memilih sut rona hitam.
Keegan-Michael Key yang menggalas watak ketua polis tampil segak dalam sut kelabu yang dipadankan bersama tali leher rona biru. Dia hadir bersama isterinya yang juga penerbit, Elle Key.
Aktres Paddington, Sally Hawkins menyuai padan gaun ringkasnya dengan sarung tangan opera untuk efek glamor. Dia memainkan watak sebagai ibu Willy Wonka.
Rowan Atkinson yang membintangi filem ini sebagai paderi, Father Julius tampil serba biru dari hujung rambut ke kaki.
Memainkan watak salah seorang pesaing Wonka bernama Ficklegruber, Mathew Baynton tampil di karpet merah dalam sut rona biru tua.
Seorang lagi pesaing Wonka yang memilih persalinan rona biru. Matt Lucas yang memegang peranan sebagai Prodnose memadankan sut rona biru Diraja yang disarungnya dengan kemeja putih dan tali leher rona perak.
Terbukti biru mendominasi karpet merah Wonka apabila Paterson Joseph yang diberi tanggungjawab menggalas watak Arthur Slugworth juga tampil dalam sut rona serupa.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: STAIL TERBAIK RYAN GOSLING & PELAKON BARBIE DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 PALING SEGAK DI SAG AWARDS 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Semak beberapa gaya selebriti lelaki paling menyerlah di SAG Awards ke-31 yang berlangsung di Los Angeles, California.
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025
Permaidani merah Anugerah Grammy ke-67 menyaksikan kehadiran pasangan kelas-A dalam persalinan memukau mata.
FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025
Dalam banyak-banyak anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan. Tahun ini juga tidak mengecewakan.
STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI SUNDANCE FILM FESTIVAL 2025
Acara filem bebas yang ditunggu-tunggu, Sundance Film Festival kembali pada tahun ini bermula dari 23 Januari hingga 2 Februari.
GAYA TIMOTHEE CHALAMET & BINTANG A COMPLETE UNKNOWN DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles hangat dengan kehadiran barisan pelakon untuk tayangan filem biopik A Complete Unknown.