10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA
Musim anugerah semakin hampir dan seperti biasa, acara dimulakan dengan Academy Museum Gala tahunan untuk mengumpul dana.
Berlangsung pada 3 Disember di Academy Museum of Motion Pictures di Los Angeles, ia turut memberi penghormatan kepada Meryl Streep, Michael B. Jordan, Oprah Winfrey dan Sofia Coppola atas sumbangan luar biasa mereka terhadap industri.
Tahun ini kehadiran barisan selebriti lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Karpet merah diserikan dengan kemunculan bintang dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.
Lihat penampilan selebriti lelaki yang mencuri perhatian di Academy Museum Gala 2023
Henry Golding yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua tiga bulan lalu kelihatan tampan dalam tuksedo rona hitam.
Memilih persalinan hijau lumut Givenchy, Barry Keoghan antara yang paling menyerlah di karpet merah Academy Museum Gala tahun ini.
Seperti biasa, Leonardo DiCaprio tampil ringkas dalam tuksedo klasik rona hitam.
Pemenang Oscar, Ke Huy Quan kelihatan segak dalam tuksedo biru kelasi Dior.
Jesse Williams dengan tepat melambangkan ‘black-tie elegance’ dalam persalinan Thom Browne.
LaKeith Stanfield menggayakan kemeja motif harimau bintang bersama celana hitam Saint Laurent.
Sarung tangan merah menyala dan kot berlabuci Givenchy menyerikan penampilan Jared Leto.
Charles Melton tidak pernah kalah bergaya di karpet merah. Padanan sut hitam bertekstur dan kameja sutera sedondon menyerlahkan ketampanannya.
Lenny Kravitz tampil cool dan bersahaja dalam blazer baldu yang dipadankan dengan celana kulit kaki lebar dan cermin mata.
Bintang Barbie, Simu Liu saling tidak tumpah seperti watak Ken dalam sut biru kelasi Berluti.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 10 STAIL TERBAIK SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Bersedia untuk mendominasi hari-hari bekerja anda dengan koleksi Ultimate Office Essentials dari Sacoor Brothers.
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024
Walaupun Academy Museum Gala baru setahun jagung dalam kalendar filem dan fesyen, ia sentiasa menyajikan momen karpet merah hangat dan mencuri perhatian. Tahun itu tidak terkecuali.
30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36
Lihat stail selebriti terkenal yang mencuri perhatian pada malam ABPBH 36.
GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024
Festival Filem Venice tidak pernah gagal menyajikan momen fesyen berpasangan terbaik di karpert merah. Tahun ini tidak terkecuali.
STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Venice kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!
Walau apa jua alasan anda untuk tampil lebih bergaya, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mencapainya.