12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI
Pierpaolo Piccioli mengucapkan selamat tinggal kepada rumah fesyen mewah Valentino selepas lebih dua dekad.
Dalam tempoh 25 tahun, pereka fesyen Itali ini telah berjaya melakar nama dan kejayaan dalam dunia fesyen kelas atasan. Bermula sebagai pereka aksesori pada 1999, kerjayanya berkembang apabila dilantik menjadi pengarah kreatif di samping Maria Grazia Chiuri pada 2008. Semua ini selepas pengasas jenama, Valentino Garavani mengumumkan persaraan.
Dia kemudiannya dinamakan sebagai pengarah kreatif tunggal Valentino secara rasmi pada Julai 2016 dan terus menawan industri fesyen dengan pendekatannya yang berwawasan terhadap fesyen. Rekaannya diminati selebriti kelas-A daripada bintang pop ikonik seperti Janet Jackson dan Beyonce sehingga aktres tersohor termasuk Andrew Garfield dan Zendaya.
“Saya berada dalam syarikat ini selama 25 tahun, dan selama 25 tahun saya wujud dan hidup dengan mereka yang menganyam jalinan cerita indah ini bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga kini pengganti pereka berusia 56 tahun ini masih belum diumumkan. Namun nama yang disebut-sebut bakal mengambil alih tanggungjawab Pierpaolo di Valentino adalah bekas pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele. Dia menjalin kerjasama dengan jenama itu selama tujuh tahun dari 2015 hingga 2022.
Ayuh tinjau gaya ikonik Valentino daripada Pierpaolo Piccioli, sebagai tanda penghormatan kepada legasinya
Andrew Garfield
Zendaya
Sebastian Stan
Rihanna
Jake Gyllenhaal
Florence Pugh dan Andrew Garfield
Pedro Pascal
Anne Hathaway
Nick Jonas dan Priyanka Chopra
Colman Domingo
Foto: Getty Images/X
Pautan berkaitan: DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALESSANDRO MICHELE SERTAI RUMAH FESYEN VALENTINO
Teka-teki mengenai pengarah kreatif baru Valentino terjawab apabila Alessandro Michele dipilih menggantikan Pierpaolo Piccioli.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Valentino Le Ciel Men Fall/Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Pierpaolo Piccioli. Saksikan secara livestream pada 21 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.
JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN
Sedekad berkongsi hidup sebagai suami isteri, perkahwinan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan isterinya menemui titik noktah.
PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN
Bekas ketua pereka pakaian wanita Gucci ini hanya sempat berkhidmat dengan Moschino selama sembilan hari.
TEMU BUAL BERSAMA PENGASAS KUALA LUMPUR FASHION WEEK, ANDREW TAN
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bakal berlangsung bermula 21-27 Ogos 2023 di tujuh lokasi yang berbeza dengan 50 pereka dan label fesyen tempatan dan antarabangsa.
JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO
Selepas satu dekad, Jeremy Scott mengumumkan dia bakal melepaskan kerusi Pengarah Kreatif jenama fesyen mewah Itali.