4 SEBAB ANDA DILARANG BELI BARANG KULIT TIRUAN
Pasti ramai lelaki bersetuju, sukar untuk mengabaikan daya tarikan kasut kulit yang bergaya mahupun jaket kulit yang dijahit sempurna.
Namun dalam dunia barangan tiruan yang datang dengan tanda harga murah, anda mungkin mudah terpengaruh untuk membeli barangan kulit tidak tulen. Jangan terpedaya!
GL kongsikan mengapa membeli barang kulit tiruan sangat tidak berbaloi
1. Tiada Kualiti & Ketahanan
Kulit tiruan yang juga dikenali sebagai faux leather atau kulit sintetik dihasilkan dengan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan berasaskan plastik. Ia mungkin menyerupai kulit asli tetapi kualitinya jauh berbeza. Pembuatan kulit tiruan mempunyai perbezaan ketara dari segi ketahanan dan penampilan.
Kulit asli yang diperoleh daripada kulit haiwan dengan lapisan minyak semula jadi lebih lembut dan mempunyai jangka hayat yang lama. Pakaian kulit juga beradaptasi dengan bentuk badan anda, memastikan keselesaan yang bertambah baik seiring peredaran masa. Sebaliknya kulit tiruan tidak bertahan lama, cenderung mengelupas dan cepat rosak.
2. Kurang Kebolehnafasan & Keselesaan

Foto: Freepik
Kulit asli mempunyai keupayaan untuk ‘bernafas’, sekali gus membolehkan ia mengawal suhu dan mengekalkan keselesaan semula jadi pada kulit. Sebab itulah ia sesuai digayakan pada semua musim, dari musim panas hingga musim sejuk. Sama juga di Malaysia.
Kulit sintetik pula sebaliknya terdiri daripada plastik tidak berliang yang memerangkap kelembapan dan haba, menjadikannya tidak selesa dan boleh merengsakan. Jadi pilih kulit asli yang pastinya selesa dan tentunya lebih bergaya.
3. Impak Negatif Terhadap Alam Sekitar
Proses penghasilan kulit sintetik melibatkan penggunaan petroleum, pelbagai bahan kimia berbahaya dan sejumlah besar air. Gabungan ini bukan saja menyumbang kepada pencemaran, malah sifat kulit tiruan yang tidak terbiodegradasi menambah timbunan sisa di tapak pelupusan sampah. Sebaliknya penghasilan barang kulit asli hanya memberi impak kecil terhadap alam kerana ia daripada sumber semula jadi.
4. Terlepas Peluang Menikmati Kemewahan & Prestij

Foto: Freepik.diller
Lelaki yang bercita rasa tinggi tahu barangan kulit asli berkualiti tinggi dan tiada galang gantinya. Kulit asli dikaitkan dengan prestij dan kemewahan, jadi tidak hairanlah ia kekal sebagai pilihan utama dalam gerobok pakaian lelaki moden.
Tekstur, permukaan dan sifat kulit asli daripada sumber haiwan tidak wujud dalam kulit sintetik. Dengan memilih barang daripada kulit asli berbanding tiruan, anda melabur dalam produk yang memancarkan kelas dan keanggunan.
Jadi berwaspada dengan pembelian anda dan cari barangan kulit asli untuk memanfaatkan wang hasil titik peluh sepenuhnya. Anda akan mendapat manfaat daripada kualiti unggul dan keselesaan barangan kulit sebenar.
Foto: Senivpetro/Freepik
Pautan berkaitan: ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KESILAPAN BERGAYA SETIAP LELAKI PERLU ELAKKAN
Jika mahu dicop lelaki maskulin bergaya, anda perlu sentiasa setapak ke hadapan dari segi fesyen dan menghindari kesilapan ini.
5 SEPATU BOOT LELAKI TERBAIK MESTI MILIKI
Sepatu boot kini dilihat bukan sahaja kasut praktikal, malah ia sebagai aksesori fashion statement yang meningkatkan lagi penampilan keseluruhan lelaki sambil memberikan keselesaan dan fungsi.
5 JENIS SELUAR YANG PERLU DIMILIKI SETIAP LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Chinos, jeans klasik mahupun seluar linen, ini antara jenis-jenis seluar setiap lelaki harus miliki untuk tingkatkan permainan fesyen anda.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
AIDIL MAULA, PELANTUN LAGU ‘PEDIH’ & THE BOY WHO HAVE A GREAT SENSE OF STYLE
Penyanyi, Aidil Maula, selain berpotensi tinggi dalam bidang nyanyian, identiti fesyennya juga menakjubkan. Menyimbolkan era fesyen lelaki yang baharu.