AIDIL MAULA, PELANTUN LAGU ‘PEDIH’ & THE BOY WHO HAVE A GREAT SENSE OF STYLE
HASRATNYA UNTUK MELANGKAH DALAM INDUSTRI NYANYIAN SUDAH TERPENDAM LAMA. SINGLE PERTAMANYA ‘PEDIH’ TELAH TERSEDIA UNTUK DIDENGARKAN DI SEMUA PLATFORM ALIRAN DIGITAL UTAMA. MENGEMBANGKAN LAGI PROMOSI LAGU ITU, VIDEO MUZIK ‘PEDIH’ PULA DILANCARKAN SECARA RASMI PADA JUMAAT LEPAS. PENYANYI DAN PENULIS LIRIK BAHARU BERPOTENSI TINGGI INI BAKAL BERDIRI SEBARIS PENYANYI-PENYANYI BERBAKAT YANG LAIN. GLAM LELAKI BERBUAL DENGAN AIDIL MAULA (@aidilmaula_) UNTUK BERBICARA TENTANG STAIL DAN SEPERKARA DUA MENGENAINYA.
- PERKHABARAN BAHARU AIDIL?
Selain pekerjaan 9-5 saya sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan, saya berusaha untuk mereka lebih banyak kandungan kreatif berkaitan dengan apa yang saya jalankan dan masih melakukan promosi untuk single pertama saya. Sebaliknya, saya Sudan mengusahakan beberapa lagu, sejurus selepas pelancaran video muzik rasmi PEDIH yang telah saya lancarkan. Selain dari semua itu, saya telah melakukan banyak parkara menarik yang lain semasa pandemik ini hanya untuk membuat saya waras!
2. AIDIL SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN AIDIL?
I swear it was all basics. Saya seringnya tertarik dengan warna sebelum ini, sewaktu saya belum lagi diperkenalkan dengan trend-trend fesyen dan sekarang lebih memahaminya. Tetapi sejak membesar di bandar metropolitan ini, saya semakin cenderung untuk lebih memahami bahawa penampilan asas atau minimal, merupakan salah satu daripada estetika dalam fesyen. Yang saya rasakan ia mudah untuk disesuaikan dan begitu juga dengan orang lain. Apa yang anda pakai bukan sekadar pakaian, tetapi ia adalah cara bagaimana anda merasa ‘kehadiran’, keyakinan dan berhubung.
3. APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN AIDIL?
Seperti yang saya nyatakan tadi, asas. Cukuplah sekadar bergaya dalam helaian asas seperti semeja T atau kemeja yang digayakan dengan khaki atau seluar oversized. Then I am good to go! Jenama seperti UNIQLO, COS, atau ZARA adalah tempat yang biasa saya singgah. Tak dilupakan juga, saya juga suka ‘thrifting’.
4. AIDIL BEKERJA DALAM BIDANG MUZIK. HOW DO YOU INCORPORATE MUSIC WITH STYLE?
Dari apa yang saya tawarkan, kemungkinan besar cara saya adalah mahu menonjolkan mood atau perasaan yang tertentu. Anda harus faham lagu yang ingin disampaikan itu tentang apa, maka anda dapat gabungkan mood lagu itu bersama dengan pakaian yang dipilih untuk dipakai. No one cries in a bright orange hoodie!
5. TREND FESYEN PALING AIDIL SUKA?
Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan seluar kargo. Surprisingly I am liking it! Kemeja T monokrom yang ringkas dipadankan dengan seluar kargo adalah gaya kesukaan saya sekarang. Again, basic!
6. BISAKAH FESYEN MENGUBAH DUNIA? JIKA YA, BAGAIMANA?
Saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa apabila anda menyimpan pakaian lebih lama, gandakan jangka hayatnya sebanyak satu sehingga dua tahun, anda dapat mengurangkan produk sampingan bahan bakar fosilnya sebanyak 24%. Jika anda lebih bijak mengurus pakaian, kita dapat mengurangkan perbelanjaan, serta sumber air dan bahan mentah yang berharga.
7.TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Sebagai seorang lelaki, saya pasti semua mahu kelihatan kemas dan bersih. No designer no expensive, no. Apa sahaja yang menyempurnakan penampilan kita. It’a all about ready set go.
8. PEREKA FESYEN/LABEL FESYEN/INDIVIDU YANG DISUKAI? MENGAPA?
Dalam konteks fesyen lokal, Rizalman, RafeOff dan Bernard Chandran adalah pereka fesyen lokal yang saya kagumi. Butiran asas yang direka oleh mereka bukan sekadar yang asas. Garis dan siluet asas yang mereka cipta, menyempurnakan bentuk badan si pemakai. Label fesyen antarabangsa pula, saya suka Dior, Celine dan Saint Laurent. Sekali lagi, seratus peratus yang asas.
9. PROJEK AKAN DATANG?
Video muzik PEDIH telah pun dilancarkan pada minggu lepas. Dengan keringat, air mata dan wang yang telah saya belanjakan, saya harap ini dapat menunjukkan betapa tulusnya saya dalam menguasahakan karya sedemikian bagi mereka yang mengikuti saya sepanjang perjalanan ini. Juga, ada persaingan tertentu untuk saya tangani sebagai pendatang baharu, and I am very likely to put that in my bucket list. Fingers crossed!
Artikel berkaitan: KENALI JUWAIDI JUMANTO, THE SINGAPORE’S COOL KID
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI
ECCO memperkenalkan koleksi kasut inovatif, mengutamakan keselesaan dan kelenturan dengan pilihan tekstil atau kulit.
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI
Serlahkan gaya maskulin anda dengan lima jenama lokal pilihan GLAM Lelaki, menawarkan rekaan hebat untuk lelaki moden.
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024
Walaupun Academy Museum Gala baru setahun jagung dalam kalendar filem dan fesyen, ia sentiasa menyajikan momen karpet merah hangat dan mencuri perhatian. Tahun itu tidak terkecuali.
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU
PUMA Speedcat kembali dengan SPEEDCAT ARCHIVE, ke permukaan jalan dengan dua warna baharu yang diinspirasikan dari arkib. SPEEDCAT ARCHIVE mewakili pendekatan segar pada kasut SPEEDCAT yang ikonik. Kasut ini menjadi teras trend kasut berprofil rendah untuk tahun 2024. Koleksi ini membawa vibe vintaj dengan menggunakan bahan ultra-suede pada bahagian atas, logo sulaman di sisi, dan…
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.