Skip to content

KLFW 2024

5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024

Kongsikan artikel ini

Berakhirnya KLFW 2024 pada hari Ahad lalu, kami mengumpulkan lima koleksi pakaian lelaki terbaik yang dihasilkan oleh pereka-pereka berbakat. 

Koleksi-koleksi ini mempamerkan kreativiti, inovasi, dan memberi inspirasi untuk gaya fesyen terkini.  Teruskan membaca untuk mengetahui pilihan terbaik dan bagaimana anda boleh menggabungkan elemen-elemen ini ke dalam almari pakaian anda.

5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024

1.SHALS.KL

KLFW 2024

Foto: GLAM Lelaki

Debut yang dinanti-nantikan oleh SHALS.KL di pentas KL Fashion Week, ‘Coming of Age’ memperkenalkan koleksi ready-to-wear 2024 yang memukau. Setiap rekaan yang dihasilkan oleh Shalma Ainaa menggambarkan perjalanan penuh gaya dan keunikan tersendiri.

2. SUPERSUNDAY STORE

SUPERSUNDAY STORE

Foto: Supersunday Store

Supersunday Store tampil hebat di KLFW 2024 dengan koleksi yang diinspirasikan daripada gaya jalanan dinamik. Lebih mengejutkan, mereka berkolaborasi dengan @era.je sebagai model utama untuk KL Fashion Week, menjadikan persembahan mereka antara yang paling menarik perhatian ramai.

3. TAGUWARUWA

KLFW 2024

Foto: TAGUWARUWA

Blackout oleh Taguwaruwa, kolaborasi istimewa bersama Artwist.Fo memukau hadirin dengan sentuhan uniknya. Acara ini turut menampilkan kemunculan istimewa bintang seni tempatan seperti Amerul Affendi, Kimal Mokhtar, Fadhli Masoot dan PATRIOTS.

Dengan setiap butiran dan sentuhan, koleksi ini mengingatkan kita bahawa fesyen bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang menyatukan hati dan membina hubungan.

4. MASYADIMANSOOR 

KLFW 2024

Foto: @klfashionweek @saufinadzri

Pereka muda Masyadi Mansoor memikat perhatian dengan koleksi beraninya yang diilhamkan daripada tema “99 Problems”. Koleksi ini mempersembahkan gabungan rekaan yang mencabar konvensi dengan elemen-elemen yang mencerminkan kepelbagaian dan kompleksiti masalah yang dihadapi dalam kehidupan moden.

5. MAGNUM PRESENTS TACT

TACT

Foto: @klfashionweek @saufinadzri

Tact Loungewear mempersembahkan koleksi prêt-à-porter 2024/2025 yang memukau dengan reka bentuk yang elegan dan moden. Pengasas label, Ridduan Ttfga Ismail memberikan penghormatan yang mendalam kepada Allahyarham Jiman Casablancas pada penghujung pementasan, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan inspirasi yang ditinggalkan oleh mendiang dalam dunia fesyen.

 

 

Pautan Ini Berkaitan: OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN GLAM LELAKI

RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025

FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025

Bacaan Lanjut
OGs of Malaysian Fashion

OG`S OF MALAYSIAN FASHION: NAMA-NAMA IKONIK WARNAI KLFW 2025

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025

PEREKA FESYEN LELAKI TUNGGAL GENERASI BAHARU DI KLFW 2025

Bacaan Lanjut
pereka fesyen lelaki

ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025

Bacaan Lanjut
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!

Bacaan Lanjut