Skip to content

7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026

Kongsikan artikel ini

Daripada sneakers berwarna terang hingga sandal fisherman, musim bunga 2026 menyaksikan kebangkitan semula siluet klasik dengan sentuhan moden yang lebih segar.

Tiada item dalam gaya lelaki yang lebih penting daripada kasut. Malah, beberapa kajian menunjukkan bahawa orang sering melihat kasut seseorang terlebih dahulu sebelum memperhatikan pakaian lain yang dipakai. Sama ada ketika temu janji, menghadiri majlis makan malam atau sekadar berjalan di kota. Pilihan kasut sering memberi gambaran awal tentang personaliti seseorang.

Apabila musim sejuk semakin berakhir, kasut yang tebal seperti derby hitam mungkin tidak lagi terasa sesuai apabila cuaca mula panas. Untuk menjawab persoalan tentang gaya kasut yang bakal mendominasi musim ini, pereka fesyen telah memberikan gambaran awal melalui koleksi runway yang dipersembahkan tahun lalu.

Daripada pelbagai koleksi tersebut, tujuh trend kasut lelaki muncul sebagai pilihan utama untuk Spring 2026.

#1 Sneakers Berwarna Terang

Sneakers hitam minimalis yang mendominasi gaya lelaki sejak beberapa tahun lalu kini memberi ruang kepada pilihan yang lebih berani. Musim ini menyaksikan kemunculan sneakers dengan warna terang dan kontras tinggi seperti kuning, hijau neon, merah jambu atau tona bumi yang lebih kaya. Jenama seperti Dries Van Noten dan Nike memperlihatkan bagaimana warna yang lebih berani mampu memberi tenaga baharu kepada gaya kasual lelaki.

Nike Waffle Racer

Dries Van Noten Satin Sneakers

#2 Sneakers Kanvas Klasik

Satu lagi trend yang menonjol di runway ialah kebangkitan semula sneakers kanvas klasik. Siluet ringkas seperti yang diperkenalkan oleh Dior melalui model plimsoll mereka mengingatkan kepada gaya ikonik seperti Vans Authentic atau Converse Chuck 70. Mudah dipadankan dengan jeans, chinos atau seluar pendek, kasut jenis ini menawarkan gaya santai yang tidak lapuk dek zaman.

#3 Flip-Flop Lebih Sofistikated

Flip-flop juga kembali mendapat perhatian, tetapi dengan pendekatan yang lebih matang. Jika sebelum ini sandal jenis ini sering diperbuat daripada getah, musim ini jenama seperti Dries Van Notem dan Saint Laurent menampilkan versi kulit yang lebih elegan. Dengan kemasan yang lebih halus, flip-flop kini boleh digayakan bukan sahaja di pantai tetapi juga dalam gaya santai bandar.

4. Sandal Fisherman Bergaya Tailoring

Sandal fisherman yang popular sejak beberapa musim lalu terus menjadi pilihan. Siluet klasik ini muncul di runway dalam versi yang lebih kemas dan moden, termasuk dalam koleksi Dior dan Polo Ralph Lauren. Dipadankan dengan seluar linen, tailored shorts atau chinos, sandal ini memberikan keseimbangan antara gaya santai dan sofistikated.

Dior Al Mare Fisherman Sandal

5. Kasut Kulit Putih

Kasut kulit putih kembali menjadi pilihan penting untuk musim yang lebih cerah. Dahulunya popular dalam gaya Ivy League klasik, kini siluet ini turut diterjemahkan oleh jenama kontemporari seperti Our Legacy dan Celine. Walaupun memerlukan sedikit keberanian untuk digayakan. Kasut putih memberi aura segar dan moden kepada penampilan lelaki.

Our Legacy Brogue Parade Derbies

Celine Leather Derby Shoe

6. Siluet ‘Sport Athletic’

Inspirasi daripada kasut bola sepak juga semakin kuat dalam dunia fesyen. Siluet yang lebih nipis, ringan dan sporty muncul di runway dan juga dalam kolaborasi popular seperti antara Adidas dan Grace Wales Bonner. Dengan reka bentuk yang sleek dan minimal, kasut jenis ini sesuai untuk gaya bandar yang lebih dinamik.

Adidas Originals X Brain Dead

Adidas X Wales Bonner Samba Desert Sneakers

7. Slip-On Anyaman

Akhir sekali, kasut slip-on dengan teknik anyaman turut mendapat tempat dalam koleksi musim ini. Teknik yang sering dikaitkan dengan Bottega Veneta ini menampilkan tekstur unik yang memberi keselesaan dan pengudaraan yang baik. Dengan rekaan santai tetapi elegan, kasut ini sesuai digayakan ketika bercuti atau dalam suasana musim panas yang lebih relaks.

Officine Creative Woven Mules

Bottega Veneta Sunday Slippers

Artikel Berkaitan: DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut

GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN

Bacaan Lanjut

DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

Bacaan Lanjut
joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut