Skip to content

ACME SOCIETY, EPILOG SIRI TRILOGI WARDROBE

Kongsikan artikel ini

Label tempatan, Wardrobe bakal mempersembahkan koleksi “Acme Society” yang mengenegahkan puncak kematangan dalam mengabadikan elemen fesyen terkini dalam kehidupan harian lelaki masa kini.

Bersempena dengan Mercedes Benz Fashion Week 2022, Wardrobe selaku jenama busana lelaki premium tempatan bakal mempersembahkan epilog dari siri trilogi koleksi fesyen yang berjudul “Acme Society”. Koleksi kapsul ini akan menampilkan 30 busana terpilih yang mempamerkan siri perkembangan dan cita rasa fesyen premium tanpa mengkrompomikan karakter fikiran seseorang.

“Perkataan ‘acme’ bermaksud ‘tahap keunggulan mutlak atau dibangunkan dengan perkembangan yang paling terkini’. Selepas Hidden Depth, koleksi musim luruh/sejuk 2019 dan Sub-Surface, koleksi musim bunga/panas 2022, koleksi ini akan menonjolkan puncak tahap kematangan sebagai sebuah refleksi identiti dan personaliti yang sentiasa berubah-ubah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Lim Fang Heng.

“Busana lelaki klasik akan sentiasa relevan dalam dunia fesyen terutamanya di dalam segmen ‘luxury’. Ini adalah DNA Wardrobe dan prinsip utama reputasi kami. Namun begitu, kami perlu beradaptasi dengan aspirasi terkini para klien kami,” tambahnya lagi.

Dengan kewujudan “Acme Society”, Wardrobe nekad untuk mencabar konsep sut tradisional dalam pemakaian lelaki moden. Sut kini dibentuk oleh kombinasi elemen pakaian yang berbeza, dan membuka ruang kepada konsep fesyen yang lebih personal dan tersendiri. Lantas, ia melangkaui penampilan luaran semata-mata dan dibentuk oleh gabungan pengalaman, cita rasa dan inspirasi yang pelbagai.

Dibahagikan kepada tiga segmen, Wardrobe melalui “Acme Society” akan menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, serta corak fesyen yang pelbagai, Daripada kotak ‘glen’ sehinggalah sentuhan ‘plaid’ dan jaluran; epilog siri trilogi ini bakal diakhiri dengan sentuhan fesyen yang terang dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan juga hitam.

 

 

Foto: Wardrobe

Baca lebih lanjut: KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 Jenama Fesyen Lokal Pilihan GLAM Lelaki

5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH

Bacaan Lanjut
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut