AKHBAR DIOR MEN MERAMAL MASA DEPAN
Gambar: Dior Men
Musim panas ini, Dior Men menampilkan semula cetakan ikonik Newspaper yang dulu telah pertama kali diperkenalkan di pertunjukan Dior Haute Couture Musim Bunga/Panas 2000.
Kini, versi baru cetakan ini tampil lebih segar dek sentuhan unik Pengarah Kreatif, Kim Jones bersama artis kontemporari, Daniel Arsham. Direka untuk menggambarkan satu masa depan hasil imaginasi mereka, motif Newspaper ini dipenuhi beberapa siaran akhbar yang ditulis oleh mendiang Christian Dior sendiri, selain inskripsi “Collection E´te 3020” (bermaksud, Koleksi Musim Panas 3020) sebagai rujukan pada ramalan temporal si artis.