LEGASI 007 BERSAMA SWATCH
Gambar: Swatch
Menjelang tayangan filem No Time To Die yang kini telah ditangguhkan ke November tahun ini, jenama jam tangan Swiss, Swatch memperkenalkan koleksi khas James Bond untuk para peminat setia ejen perisik ikonik ini.
Sejak pengenalan James Bond melalui filem Dr. No pada tahun 1962, seramai tujuh pelakon sudah dipertanggungjawabkan untuk menghidupkan watak fiksyen ciptaan novelis Iam Fleming ini, merangkumi 27 filem sepanjang 58 tahun.
Maka, sebagai sebagai satu penghargaan kepada legasi layar perak James Bond, himpunan Swatch x 007 membentangkan tujuh jam tangan rekaan khas berinspirasikan beberapa filem ikonik daripada francais ini.
Jam tangan Dr. No 1962 (berharga RM400) adalah dedikasi kepada filem debut James Bond, lakonan Sean Connery. Rekaannya merujuk opening sequence filem Dr. No yang menunjukkan ‘tarian’ bintik-bintik berwarna pada latar belakang hitam. Sementara perkataan ‘NO’ mewakili indeks jam pada dail plastik 41 mm.

Swatch Dr. No 1962
Filem On Her Majesty’s Secret Service 1969 pula menampilkan pelakon Australia, George Lazenby, iaitu satu-satunya pemegang watak James Bond bukan berasal dari UK. Rekaan jam tangan filem ini (RM400) memetik tagline posternya, “Far up! Far out! Far more!”

Swatch On Her Majesty’s Secret Service 1969
Model berinspirasikan filem Moonraker 1979 (RM400) merujuk eksplorasi James Bond ke angkasa lepas, dalam penampilan keempat pelakon Roger Moore sebagai ejen British ini. Roket Moonraker dilihat merentasi dail bercorakkan langit malam dipenuhi bintang.

Swatch Moonraker 1979
Timothy Dalton mula tampil sebagai James Bond dalam filem Licence To Kill 1989. Jam tangan tribute-nya (34 mm, RM360) berlatarbelakangkan lokasi filem, bertempat di Florida selain merujuk kulit iguana, yakni haiwan peliharaan watak antagonis, Franz Sanchez.

Swatch Licence To Kill 1989
Rekaan jam tangan The World Is Not Enough 1999 (RM400) pula simbolik rekaan poster filem yang menyaksikan giliran Pierce Brosnan untuk menghidupkan watak Bond. Dail model 41 mm ini mewakili laras pistol yang sudah sinonim dengan opening sequence siri filem ini.

Swatch The World Is Not Enough 1999
Untuk filem yang memperkenalkan kita kepada Daniel Craig sebagai ejen 007, Swatch sekali lagi mencedok ilham dari title sequence filem jam Casino Royale 2006 (34 mm, RM360) yang menjadikan kasino sebagai motif utamanya.

Swatch Casino Royale 2006
Sungguhpun keenam-enam model Swatch x 007 ini punya identiti dan tarikan tersendiri, jam tangan ketujuh pasti hadir sebagai yang teristimewa. Kerana berlainan daripada model-model lain, jam tangan Swatch Q ini akan membuat kemunculan dalam sebuah karya filem James Bond. Yakni, filem No Time To Die, episod terkini siri perisik ini yang akan ditayangkan hujung tahun ini.

Ben Whishaw sebagai Q dalam filem No Time To Die. © 2020 DANJAQ, LLC AND MGM.
Bakal dilihat pada pergelangan tangan watak Q, lakonan Ben Whishaw, model Swatch Q (berharga RM855) telah direka cipta bersama pereka kostum No Time To Die, iaitu Suttirat Anne Larlarb. Mewakili personaliti dan stail Q, jam model SKIN Irony daripada keluli tahan karat ini dihiasi tali kulit tartan plaid bersisi merah dengan dail kemasan sun-brushed yang mendedahkan mekanisme pergerakan kompleks terkandung dalam case 42 mm. Satu sinergi antara tradisi dan teknologi sofistikated.

Jam tangan Swatch Q dipakai dalam filem No Time To Die. © 2020 DANJAQ, LLC AND MGM.
Kesemua jam koleksi terhad Swatch x 007 ini berkuasa kuarza dan kalis air hingga 3 meter, dan boleh didapati di stor atas talian Swatch.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RAIH KEJAYAAN DI 92 NEGARA, THE GRAY MAN BAKAL TAMPIL DENGAN FILEM SEKUEL
Selepas kejayaan The Gray Man yang meraih pujian hebat dari seluruh dunia, filem itu diberi lampu hijau untuk dikembangkan menjadi francais.
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.
TRANSFORMASI MENGEJUTKAN BRADLEY COOPER UNTUK FILEM TERBAHARU
Bradley Cooper akan melakonkan perjalanan hidup komposer legenda, Leonard Bernstein di samping Carey Mulligan yang menggalas watak sebagai isterinya.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan
Memperkasakan posisinya sebagai Master of Materials, Captain Cook High-Tech Ceramic Diver terbaru adalah refleksi ketukangan DNA Rado yang kekal teguh dengan paradigma tersendiri.
TAG Heuer Connected Calibre E4: Prestasi Lebih Perkasa, Kini Tersedia Dalam Dua Saiz
TAG Heuer tampil membentangkan generasi keempat barisan Connected Calibre E4. Jam tangan pintarnya yang dikonstruksi untuk menjulang prestasi sukan yang terbaik berbalas susuk rekaan nan sofistikated.