Skip to content

AURA BINTANG COLE SPROUSE UNTUK VERSACE

AURA BINTANG COLE SPROUSE UNTUK VERSACE

Kongsikan artikel ini

GILIRAN PELAKON RIVERDALE, COLE SPROUSE UNTUK VERSACE PULA. BERAKSI DALAM KEMPEN CERMIN MATA VERSACE YANG TERBARU. 

Dirakam di New York oleh jurugambar terkenal, Steven Klein, visual kempen ditangkap menggunakan kamera genggam untuk menangkap sepenuhnya pergerakan, karisma dan aura bintang Sprouse. 

Lambang maskulin era baharu, ekspresif, personaliti Sprouse melambangkan energi Versace, menafsirkannya ke dalam satu siri watak menawan yang disampaikan dengan ironi dan kebijaksanaan. 

Glamor dan aura bintang pada Sprouse menjadikan kempen yang menyeronokkan dan penuh dengan detik yang menggembirakan, sekaligus menggambarkan ilham dan refleksi energi koleksi kapsul Versace Men baharu. 

Sempena dengan pelantikan Sprouse, sebanyak tiga rekaan cermin dihadirkan dengan variasi pada warna, motif dan juga bingkai. Tampilkan keberanian anda dengan bingkai bold Medusa Focus, lensa futuristik Medusa Mesmerize atau Medusa Focus siri VE2242 untuk reka bentuknya klasik. 

Artikel berkaitan: HANGAT MUSIM INI: LV RUNNER TATIC

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’

Bacaan Lanjut

MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut