BINGKISAN KRISMAS BURBERRY
Memasuki musim keraian, Burberry berkongsi idea bingkisan sempurna dengan pelancaran serangkaian skarf. Skaf termaktub menjadi item kemestian pabila tibanya musim keraian, seperti Krismas yang memperincikan baju-baju tebal sebagai penggayaan utama.
Skarf material sutera tampak lembut sifatnya ditawarkan, namun dilantangkan dengan corak monogram ikonik Thomas Burberry, motif Dalmatian dan jaluran pada tiap skarf yang signifikan buat jenama Burberry.
Corak-corak tersebut dihadirkan semula yang mencerminkan kepelbagaian gaya dan penuh tenaga. Monogram TB turut diinovasikan semula pada rekaan skarf, bermain dengan siluet longgar, santai dan yang bersahaja. Ketradisionalan gaya langsung tidak dipisahkan kerana pembuatannya masih dilakukan dengan teknik lama yang tak makan dek zaman.

Contrast Logo Detail Striped Wool Silk Scarf

Archive Scarf Print Silk Square Scarf
Material Kashmir turut melengkapi koleksi skarf musim ini yang ultra-ringan, menjadikannya senang untuk dilipat dan disimpan di dalam beg kala mengembara. Pautan rona-rona lembut yang tidak menyempadani pilihan gaya peribadi, sesuai buat segenap usia, fizikal dan jantina.
Cukup sempurna unutk dijadikan hadiah Krismas atau keraian lain demi menggembirakan si penerima. Untuk opsyen yang lebih istimewa, skarf kashmir Burberry turut boleh ditempah khas mengikut warna-warna pilihan dan ditambah dengan initial nama, secara eksklusif di butik Burberry yang terpilih dan Burberry.com.

Check and Dalmatian print Cashmere Silk Puffer Scarf

Check and Icon Stripe Cashmere Silk Puffer Scarf
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BAKAL RAI KRISMAS SENDIRIAN, INI LUAHAN HATI TOM BRADY
Lebih sebulan bercerai, Tom Brady memaklumkan dia akan menyambut Hari Natal di hotel buat kali pertama dalam hidupnya.
5 FILEM PEMBUNUHAN PENUH MISTERI PERLU TONTON AKHIR TAHUN INI
Dari “Glass Onion: A Knives Out Mystery” kepada “Murder Mystery”, Netflix membariskan 5 filem pembunuhan penuh misteri yang akan membuat anda berfikir dari awal hingga tamat filem.
RAIKAN AKHIR TAHUN DENGAN FESTIVE OMASAKE DI NOBU KL
Nobu KL akan memperkenalkan menu istimewa Festive Omasake terbaharu untuk meraikan kemeriahan perayaan akhir tahun bermula 23 Disember nanti.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG THAILAND, BRIGHT VACHIRAWIT
Dengan bakat, stail fesyen dan rupa yang menawan, nama Bright Vachirawit akan terus bersinar terang dalam industri seni lakonan, nyanyian dan fesyen antarabangsa.
#GL15TAHUN WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL.
#GL15TAHUN GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO.