But bola khas buat Cristiano Ronaldo
Oleh: Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Tahun 2016 semestinya tahun yang cukup manis buat pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Selain berjaya membawa pasukannya mara ke final dalam UEFA Champions League untuk Real Madrid dan UEFA Euro 2016 bersama Portugal, Ronaldo juga berjaya ‘memintas’ nama-nama besar jagoan bola sepak, Lionel Messi and Antoine Griezmann, apabila dirinya dinobat penerima Ballon d’Or buat kali ke-4 sepanjang kariernya baru-baru ini.
“Saya jangkakan saya akan memenangi anugerah ini sekali, tetapi tidaklah sebanyak 4 kali. Jadi saya percaya saya mampu untuk menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia.” Itu merupakan kata-kata seorang jaguh sewaktu menerima anugerah tersebut sambil disaksikan oleh ibu dan anak lelakinya.

Christiano Ronaldo bersama dengan trofi Ballon d’Or yang dimenanginya 4 kali.
Atas sebab itu, penaja utama Ronaldo, Nike menganugerahkan beliau sebuah but yang direka khas atas pencapaiannya yang cukup membanggakan.
Nike khabarnya akan mengeluarkan but bola edisi khas Cristiano Ronaldo CR7 yang dihasilkan menggunakan material Flyknit dengan warna Pure Platinum dan warna tapak yang keemasan, sepadan dengan warna trofi yang dimenangi Ronaldo. Nike telah menamakan but khas tersebut ‘Vitórias’ dalam bahasa Sepanyol, yang dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Victory’.
Dikhabarkan but khas ini akan berada di pasaran tidak lama lagi (jangkaan awal tahun hadapan) dan dijual dalam kuantiti yang terhad 777 pasang sahaja, yakni nombor yang cukup sinonim dengan Ronaldo.



Oleh itu, nantikan kemunculan but istimewa ini tidak lama lagi dan pastikan anda antara yang bertuah memilikinya. Way to go Christiano Ronaldo!
Photo credit: FB Christiano Ronaldo & news.nike.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











